3 ahli keluarga Nidza Afham dipanggil beri keterangan, tak sangka ini yang jadi kepada kekasih arwah!

TEMAN wanita Allahyarham Nidza Afham dikenali sebagai Hazmiera berada dalam keadaan tidak stabil susulan masih belum dapat menerima hakikat pemergian penyanyi berkenaan.

Adik Allahyarham iaitu Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berkata, wanita berkenaan adalah orang terakhir yang menerima mesej dan individu pertama mendapat tahu kehilangan Nidza.

Disebabkan Hazmiera juga kata Aufa, mereka sekeluarga bertindak pantas mencari arwah sejak awal pagi Rabu.

“Dia (Hazmiera) tidak jangka langsung dan dia adalah orang terakhir dapat mesej daripada abang (Nidza) dan orang pertama tahu dia hilang.

Aufahanie ketika ditemui media di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam.

Aufa reda dengan pemergian abang tersayang.

“Kalau bukan sebab dia, kami sekeluarga pun tak sedar arwah hilang tapi disebabkan teman wanitanya, kami bertindak pantas mencarinya.

“Keadaan dia tidak stabil dan beremosi, dia sekarang ada dengan ibu kami,” katanya kepada mStar.

Aufa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam pada pagi Khamis.

Ketika ini, jenazah Allahyarham sedang menjalani prosedur bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam di Shah Alam.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan kad debit milik arwah yang hilang dikatakan dijumpai di rumah, Aufa tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.

Bagaimanapun, Aufa memaklumkan tiga ahli keluarganya iatu bapa, adik dan abang iparnya dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Sekarang soal siasat sedang dilakukan sama ada kejadian ada unsur jenayah atau pun sebaliknya.

“Ayah, adik dan abang ipar dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.

Aufahanie sedih menerima berita pemergian Nidza.

Aufa dan Nidza mempunyai hubungan rapat.

“Berkenaan kad debit, saya sendiri tidak mempunyai maklumat mengenainya,” katanya.

Pada Rabu, Aufa berkongsi berita kehilangan Nidza yang memohon orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat dalam usaha menjejakinya.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam pencarian, mayat Nidza ditemukan sekitar pukul 7 petang kira-kira satu kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang di jambatan Sungai Klang.

Penemuan itu turut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selain pengecaman mayat dibuat oleh ahli keluarga berdasarkan wajah dan baju jersi dipakai.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*