Selepas Nadia Anuar buka hijab, tak sangka jadi benda ni dekat keluarga beliau!

PELAKON dan personaliti media sosial Harris Annuar sudah menasihati kakaknya iaitu Nadia Annuar susulan keputusannya untuk membuka hijab.

Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 30, berkata, dia dan keluarga juga tidak pernah bersetuju dengan tindakan Nadia melepaskan tudung namun sudah menjalankan tanggungjawab menasihati Nadia daripada membuat keputusan salah.

“Ketika Nadia mengambil keputusan membuka hijab dia ada memberitahu kami sekeluarga dan memang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

harris2 - 1

Harris mendoakan yang terbaik buat Nadia.

“Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya,” katanya kepada mStar.

Harris berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis resepsi MK yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada malam Sabtu.

Memperincikan teguran dibuat terhadap Nadia, Harris berkata, mereka tidak marah sebaliknya hanya membantah keputusan dibuat.

Harris berkata, sebagai adik dia tidak boleh memaksa Nadia kerana percaya tindakan yang diambil pasti disertakan alasan tersendiri.

“Apabila Nadia memberitahu niatnya untuk membuka hijab, reaksi kami sekeluarga tidak marah tetapi kami membantah tindakannya itu.

Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya.

HARRIS ANNUAR

PELAKON

“Daripada pihak keluarga saya sebenarnya semua tidak bersetuju tapi terpulang pada diri dia sendiri. Mungkin dia ada alasannya tersendiri. Saya pun tak tahu,” ujarnya.

Ditanya adakah tindakan Nadia membuka hijab memberikan kesan buatnya lebih-lebih lagi dia sering mengikuti jemaah tabligh, aktor berkenaan menjelaskan perkara ini langsung tidak mempengaruhi kehidupan sehariannya.

“Bagi saya, ia tidak mendatangkan masalah kerana macam saya katakan, bila saya beritahu yang saya tidak bersetuju dengan keputusannya itu, saya sudah terlepas daripada dosa.

“Mungkin Allah nak tunjukkan dia perkara yang lebih baik. Walaupun saya pergi tabligh, tetapi ia tidak memberi kesan.

harris4 - 1

Harris terpaksa akur dengan keputusan Nadia.

“Kalau ikutkan tujuan tabligh sebenarnya adalah untuk mendekatkan orang dengan Allah. Kalau kita jauhkan dia dari Allah dan tidak menegurnya, jadi masalah juga nanti,” jelasnya.

Harris bagaimanapun terkilan apabila ibunya yang merupakan usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton menjadi sasaran kritikan netizen.

Kata Harris, dia tidak kisah dengan apa dikatakan netizen namun hatinya gusar mengenangkan ibunya yang terpalit dengan keputusan dibuat Nadia.

“Untuk diri saya memang tidak terkena apa-apa tempiasnya kerana saya jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Tapi mungkin mummy terasa sikitlah sebab mummy pun meniaga buat live lagi di media sosial. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata netizen.

“Lagi pun, hati seorang ibu. Mestilah dia sedih bila melihat anaknya yang dulu berhijab tiba-tiba nak buka hijab semula,” katanya.

harris3 - 1

Harris terkilan melihat ibunya berasa sedih.

Pada Mei lalu, nadia membuat kejutan apabila memuat naik foto tanpa mengenakan hijab sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 tahun.

Nadia bagaimanapun mengakui kesilapan yang dilakukan dan memohon agar diberikan ruang serta masa buat dirinya.

Pengacara itu juga memohon maaf sekiranya tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang peminat dan netizen

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*