Subang Jaya: “Saya mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak yang ada,” kata isteri Shuib, Watie Hanifiah apabila ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata.
Menurut Watie, dia dan Shuib juga sudah berbincang mengenai posisinya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.
“Dari awal lagi, memang kami dah berbincang untuk saya menjadi suri rumah sepenuh masa. kalau ada perkara lain, dia akan tentukan,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Shuib juga menjelaskan bahawa tugas Watie sebagai suri rumah tangga dan ibu adalah untuk memberi tumpuan kepada pembesaran anak-anaknya.
“Saya ada beberapa projek besar dalam perniagaan. Saya rasa akan minta bantuan isteri juga, tapi selebihnya saya nak dia beri tumpuan kepada keluarga terutamanya anak-anak.
“Uwais (anak sulung) sekarang sudah masuk 12 tahun dan nak melangkah ke alam remaja. Saya rasa dalam usia anak-anak sekarang, mereka perlukan sentuhan kami selaku ibu bapa,” katanya.
Ditanya mengenai anak bongsunya, Ayash Affan, Shuib berkata, ibunya, Salamiah Jalani kini menjaga Ayash.
“Saya dah berbincang dengan emak dan sebelum ini dia pernah berkata, kalau Ayash dah boleh berjalan, dia akan bagi saya jaga. Tapi, sekarang, dia cakap biar Ayash pandai bercakap pula dan dia akan terus menjaganya.
“Saya okay sahaja sebab ibu saya pun selalu datang ke Kuala Lumpur. Kadang-kadang dalam sebulan beberapa kali juga dia ke sini. Jadi, tak mengapa. Saya biarkan dia bermanja-manja dan besarkan cucu dia.
“Uwais pula, rapat dengan datuknya (Raissuddin Hamzah) memandangkan mereka selalu luangkan masa bersama untuk bermain golf dan sebagainya. Kalau dia dengan saya, takut tak sempat juga saya nak bawa dia untuk aktiviti itu,” katanya.
Shuib sebelum ini berumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12; Dzahira Talita Zahra, 10; Ariq Matin, 7; dan Ayash Affan, 2.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply