“Ini Semua Kerja Allah, Jangan Jadi Tuhan” – Chef Ammar Nafi Nasi Arab Dah Tak Laku

Tak lekang daripada kontroversi, tahun ini viral pula dakwaan gerai nasi arab lamb shank Chef Ammar di bazar Ramadan kosong tanpa pelanggan.

Katanya, barisan pelanggan sudah tak padat seperti sebelum ini menyebabkan ada yang beranggapan air tangan chef ini dah tak laku. Betul ke?

Pengguna Facebook dikenali sebagai Najee Mahshar turun padang melihat sendiri keadaan sebenar. Individu ini juga sempat bertanyakan respon Chef Ammar mengenai dakwaan tersebut.

Dah tak laku? Ini respon Chef Ammar

Kalau tengok barisan tu, nasi arab Chef Ammar laris seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun, usahawan ini secara menyindir berkata jualannya tidak laku.

Tak laku? Alhamdulilah, hari ini tak laku juga. Depa je yang laku.

Chef Ammar sempat berpesan kepada pekerjanya supaya melayan pelanggan dengan baik. Katanya, netizen sentiasa memerhatikan gerak gerinya dan menunggu masa pihaknya melakukan kesalahan.

Malaysia eyes on me now. Depa tunggu saya nak buat salah macam mana.

Ketika ditanya beza Chef Ammar dengan nasi arab yang lain, beliau menjawab masakannya mempunyai level yang lain.

Video lihat saat 30..

Image

Beliau sentiasa menunjukkan cara masakan yang bersih serta kemas. Beliau juga menggunakan bahan-bahan berkualiti dan mengikut prosedur sepatutnya yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kita kena maintain level kita, kesihatan dan berkualiti. Level saya 42 floor KLCC, mantap. Saya bukan nak hina orang. Kalau nak compare.. compare lah dengan orang macam saya. Ikut standard saya.

Beliau juga tidak kisah jika ada yang cuba menghentam atau menjatuhkan perniagaannya. Bisnesnya hanya akan jatuh jika diizinkan Allah SWT.

Tahun depan beef ribs naik, aku nak tanam lamb shank. Wait and see. And I am sure everybody will follow Chef Ammar buat beef ribs.

Because we are the founder of lamb shank, suka ke tak suka ke tak boleh nafi. Aku yang founder, aku yang godfather, aku yang king and I will stay king.

Don’t be smart with masters. Allah yang bagi kami rezeki, Allah yang ambil rezeki.

Apa-apa pun, beliau berterima kasih di atas sokongan rakyat Malaysia terhadap perniagaannya selama ini.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*