KUALA LUMPUR: Pelakon Nina Iskandar kesal dengan penyebaran berita palsu mengenai kematiannya akibat kemalangan dalam media sosial.
Memilih membuat penjelasan menerusi hantaran di Instagram (IG), Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 32, memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat dan berharap penyebaran berita palsu dapat segera dihentikan.
“Nampaknya berita palsu kematian saya ini sudah beredar. Saya mengetahui berita tidak menggembirakan ini menerusi orang tua saya.
“Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa berita ini adalah palsu. Alhamdulillah, saya masih hidup dan berada dalam keadaan sihat,” tulis Nina.
Hantaran dimuat naik itu turut menyertakan tangkap layar halaman Facebook yang menyatakan berita kematiannya akibat kemalangan berserta ucapan takziah.
Pelakon Andainya Takdir dan Rumah Siti Khadijah itu berkata, berita kematiannya itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga dan mereka yang mengenalinya.
“Saya ingin mohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan penyebaran berita tidak benar ini.
“Apapun niat mereka yang menyebarkan berita ini, sama ada tahu atau tidak akan kesahihannya, tindakan ini tetap akan mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan kepada mereka yang mendengarnya,” tegas Nina.
Sehubungan itu, Nina ingin mengingatkan kepada semua pihak mendapatkan berita sumber yang sahih sebelum menyebarkannya.
“Secara peribadi, saya tidak menyokong perbuatan seperti ini dan saya juga ingin mengingatkan mereka yang berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu berita buruk sebelum dipastikan kesahihannya,” ujarnya.
Sebelum Nina, ramai selebriti turut menjadi mangsa fitnah apabila didakwa sudah meninggal dunia.
Sumber HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply