Pelajar kolej vokasional maut dibelasah rakan dalam asrama, 13 ditahan bantu siasatan

SEORANG pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemui maut dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah asrama kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata siasatan awal mendapati punca kejadian bermula daripada perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama lain.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa.

“Pihak polis mengenal pasti punca kejadian bermula daripada perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain.

“Mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Rohan, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai asrama kira-kira 6.50 pagi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang turut hadir memberikan rawatan kecemasan.

Kata Rohan lagi, bertindak atas laporan yang dibuat oleh Pengarah kolej berkenaan, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Insiden berlaku di bangunan asrama lelaki kolej terbabit dan pengesahan kejadian dibuat berikutan penemuan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini polis telah menahan 13 orang pelajar lelaki berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.

Dalam pada itu, ujuh lagi saksi bebas telah dikesan untuk membantu siasatan.

“Pihak polis juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis sedang menjalankan siastan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan,” katanya.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*