Sampai Runtuh Katil Dibalun Suami Sehingga Lantai Bilik Pecah, Aku Malu Dgn Jiran2, Tak Rela Lagi Jadi Macam Tu

Assalamuakaikum, terima kasih kepada admin jika confession saya ni di publish. Sebenarnya saya tak tahu patut atau tak saya luahkan sebab saya takut benda ni remeh.

Tapi saya rasa dah tak tahan lagi. Saya ingin meluahkan dan meminta pendapat kawan kawan disini. Tiada niat untuk saya membuka aib suami saya tapi sampai bila saya harus pendam kan perasaan ni.

Perasan ni buatkan saya selalu rasa nak bnuh diri dan lari jauh dari sini. Entahla mgkin suatu masa saya akan betul betul lari. Saya isteri, ada anak sorang berumur 1 tahun. Bekerja sendiri. Saya ada buat bisness online bersama suami.

Masalah disini.. suami saya sentiasa marah setiap kali saya atau ibunya tidak memuaskan hatinya. Ok saya faham marah tu biasa la bila ada yang tak kena. Tapi bagi saya kenapa benda kecik pun perlu marah sampai memaki hamun saya atau ibunya.

Dan dia juga akan membaling barang atau menyakiti saya atau ibunya. Dan benda tu berikan tekanan mental kepada saya

Sepanjang kawen tidak pernah sekali pun saya memaki hamun, mencarut atau berkata kesat kepadanya tapi kenapa dia begitu mudah melontarkan kata kata kesat kepada kami seolah olah dia tidak sedar yang benda itu keterlaluan

Setiap kali dia marah saya rasa sangat takut dan malu dekat jiran jiran sebab suaranya yang sangat kuat. Dia menjerit macam orang hilang akal sambil memaki hamun dan mengugut nak mencerraikan saya.

Setiap kali gaduh. Setiap kali tu dia ugut akan mencerraikan saya seolah olah saya ni buat kesalahan yang terlampau besar dan tak boley di maafkan.

Padahal salah saya hanya lah lambat pakaikan pempers anak, atau saya menasihati nya supaya jangan marah marah ibunya lagi..

Pernah juga satu hari niat saya untuk berbincang dengan nya tentang masalah kami. Sedang saya bercakap tetiba dia mengamuk. Dia terjerit jerit dan pukul katil sampai runtuh dan lantai bilik pecah. Saya takutt. Sejak haritu saya dah tak tegur dia apa apa dah.

Saya pernah bagitahu dia,

“kalau awak nak marah atau nak tegur saya saya tak kesah. Saya boleh terima. Tapi kalau macam ni gayanya ni bukan marah. Ni baran.”

Tapi dia hanya membalas.

“Awak saja rasa baran. Semua lelaki marah macam ni. Awak saja tak tahu.”

“Betulke?? tapi saya tak pernah tengok abang saya, adik adik saya layan mak saya macam ni. Ada salah sikit maki hamun, tengking atau tinggi suara. Saya rasa saya hidup dalam ketakutan.”

Hidup saya bukan lah perfect. Saya tak tahu apa salah yang saya akan terbuat nanti. Agak agak apa yang suami saya akan buat dekat saya? Macam macam saya fikir.

Saya rasa saya nak lari sangat bersama anak saya. Tapi saya takut. Saya takut dia bertindak diluar batasan.

Dia suka pandang rendah terhadap saya. Masa saya nak mulakan perniagaan ni balik, dia rendahkan saya cakap saya tak boleh nak berniaga. Tak payah perasan. Macam macam dia kata.

Tapi sekarang duit saya jugak dia dok guna bayar kereta dan beli macam macam. Tapi saya takut nak tegur. Saya tak nak lah gaduh pasal duit.

Saya tak tahu apa akan jadi kalau saya tegur pasal duit tu. Sebabnya account campany atas nama dia. So dia senang senang lah keluarkan duit.

Pernah sebelum ni saya gunakan account saya untuk urusan perniagaan tapi dia ugut saya dia cakap dia tak nak serabut pasal cukai nanti dan dia stopkan iklan. So bila dia stopkan iklan saya tak dapat buat sale.

Kami dah berniaga 3 tahun. Tapi tak pernah ada duit simpanan. Berniaga pun macam tak jadi. Sebab dia tak pernah dengar apa saya cakap. Bila saya bagi pandangan dia perlekah. Dia kata saya tak tahu berniaga. Last last lingkup. Saya stress sangat.

Dia tak pernah sedar yang dia pun mungkin ada buat salah. Dia hanya tahu menyalahkan orang lain dan takdir Tuhan. Kenapa dia tak boleh nak muhasabah diri dia.

Perbuatan dia terhadap saya dan ibunya buatkan rezekinya sempit. Yang dia tahu hanya memaki hamun apa yang jadi dan salahkan takdir Tuhan.

Kadang saya rasa nak bawak dia pergi jumpa doctor. Adakah dia ada masalah d3pression yang teruk? tapi mana mungkin saya boleh tolong dia sebab nanti saya yang akan kena.

Saya malu dekat jiran jiran. Saya lebih rela dia memukul saya dari melalak menjerit sampai satu kampung dengar dia dok maki isteri dan ugut ugut nak cerraikan saya.

Saya malu! tapi saya tekad untuk lari setiap kali saya kena marah tanpa belas kasihan.

Tapi boleh pulak dia buat buat tak ada apa jadi selepas beberapa jam dia marah saya. Saya pun kena berlakon takde apa apa jadi. Padahal diri saya dah mti dia kerjakan.

Saya kena korbankan perasaan dan emosi saya. Demi jaga hati dia. Sampai bila saya perlu macam ni? Saya sedih saya stress saya tak bahagia lansung.

Saya harap sangat dia berubah dan sedar yang sebenarnya dia seorang yang terlampau BARAN. Saya nak dia tahu yang dia sering membnuh saya dan ibunya dengan kata kata kesat maki hamunnya..

Moga Allah berikan petunjuk kepadanya dan bukakan pintu hatinya untuk dia nilai segala perbuatannya..

Ketahuilah suamiku, aku tidak pernah takut engkau mencerraikan ku. Cuma aku takut bila aku meminta, engkau bertindak diluar batasan. Tapi suatu masa pasti aku akan lari jua jika engkau tidak berubah..

Reaksi Warganet

Nonie Nuralia –Panas baran, memaki, membaling barang barang, merosakkan barang, merendahkan pasangan, mengungkit, guna guit pasangan sesuka hati bila habis dia akan ungkit duit dia yang kena guna, mengugut cerrai supaya pasangan ketakutan dan suka teriak bila marah tetapi lepas marah2 dia tenang seperti tiada apa2 terjadi.

Ini perangai orang narcissistic dik. Lebih baik kau rancang membebaskan diri dari kemurungan

Aida MN –Tiada siapa boleh ubah suami TT kecuali diri nya sendiri yang nak berubah. Kalau sekarang perangainya macam ni, bayangkan lagi 5-10 tahun akan datang.

Anak TT tengah membesar, yang paling ditakuti kalau anak itu anggap tindakan ayah nya marah marah ibu dan nenek dia adalsh perbuatan yg normla. Jadi dia pun membesar dengan perangai sama macam ayahnya.

Jika TT sayangkan anak, keluar la dari hubungan yang t0xic. Demi diri TT dan juga anak.

Dan untuk bisnes pulak, TT kena register akaun sendiri untuk bisnes. Jangan campurkan duit bisness TT dengan duit yang suami punye. Asingkan.. ini pun untuk masa depan TT dan anak. Bijak mengatur langkah untuk masa hadapan. Kena buat planning betol betol sebelum TT decide apa langkah seterusnya, especially bab duit.

Semoga Allah bagi jalan untuk TT dan anak dan keluar dari kehidupan yang tersiksa. Ingat, doa orang teraniaya ni Allah angkat dan makbulkan. Berbanyakkan berdoa.

Akrima Abu Bakar –Suami dah gaslighting awak sekian lama. Menjadikan awak kurang percaya diri, kurang self love. Keadaan tu tak normal dan sangat t0xic untuk semua orang. Untuk awak, ibu dan juga anak tu..

Awk je yang boleh tolong diri awak sekarang. Carilah mana mana peluang yang boleh untuk lepaskan diri. Sembunyi dekat rumah parents awak dulu ke.

Lelaki baran ni bila dia hilang marah dia, dia boleh jadi as sweet as candy. Ini awak kena cekalkan hati la. Dan mohon pertolongan dari Allah. Semoga Allah permudahkan cari jalan keluar. Aminnn

Erin Mustapha –GASLIGHTING. Cara murahan orang lelaki untuk control perempuan dengan merendah kan wanita, takkan berjaya tanpa bantuan suami, sorok barang barang supaya isteri ingat dia dah giila tadi nampak ada sekarang dah takde, cakap bini kena rasuk/sakit mental.

Sebenarnya suami sendiri yang manipulatif. Dari cara puan ni cerita memang dia dah dicontrol sampai ke dalam daging sebab lepas laki dia dah baik, dia pun kena pura pura macam takde apa. That is ENABLING.

Kalau kita cakap suruh lari, mintak cerrai, puan ni takkan nampak jalan sebab suami dia dah CONDITION dia dengan situasi di mana kalau dia buat jugak, akan ada benda tak elok akan berlaku dan tiada jalan keluar.

Ini bermakna suami dia punya cengkaman adalah begitu dalam sekali. Sedangkan itu hanya salah satu trick kotor suaminya.

Hafiz Aiman –Hasil pembacaan saya panas baran suami itu masih berada pada peringkat boleh kompromi supaya berubah.

Hati milik Allah

1. Sebelum nak ubah orang lain kena ubah dulu diri kita sendiri. Contoh solat 5 waktu. Jika sebelum ini kita solat hanya berpandukan bila masuk sahaja waktu solat terus ke tikar sejadah untuk dirikannya.

Tapi hari ini selepas kita menuntut ilmu solat. Bila kita solat dapat melunaskan 3 tuntutan dalam solat seperti syarat sah solat, rukun solat dan kesempurnaan solat.

2. Disebabkan hati manusia Allah yang punya, kebaikan yang ada dalam diri manusia juga Allah yang punya dan Allah yang membolak balikkan hati manusia.

Jadi untuk dapatkan apa yang ada dengan Allah. Kita perlu berusaha untuk hidup mengikut apa yang Allah suka. InshaAllah selepas itu Allah akan ubah pasangan kita seiring dengan perubahan yang dilakukan terhadap diri kita.

3. Jika sebelum ini hanya mengharapkan kebaikan daripada suami. Selepas ini luruskan akidah dan berharaplah sepenuhnya pada Allah sahaja.

4. Setiap hari berusahalah ajak suami solat berjemaah bersama. Selepas doa ketika bersalaman mintalah maaf darinya walaupun tak buat salah.

5. Tinggikan azam dan rendahkan hati lalu buanglah ego pergi jauh jauh. Setiap hari cubalah hiasi hidup suami dengan amala hulurkan tangan kemudian mintalah maaf darinya. Walaupun diri tak buat salah. Ini kaedah reverse psychology. Oleh kerana diri lelaki miliki ego yang tinggi jadi setiap hari isteri perlu memainkan peranan untuk kuburkan egonya.

6. Ketika dia tidur confessor boleh baca ruqyah mahabbah yang diambil dari surah ali imran ayat 31. Kemudian hembuskan ruqyah itu dalam telinganya, di mukanya dan di ubun ubun kepalanya. Lalu niatlah dekat hati semoga Allah kurniakan kebaikan dalam dirinya dan semoga Allah lembutkan hatinya.

7. Lepas buat semua itu bila ego suami sudah kurang bolehlah ajak untuk dapatkan sesi kaunseling dekat pejabat agama.

8. Tapi jika semua itu Allah tidak izinkan lalu tidak berkesan apapun. Confessor boleh mengambil jalan terakhir bercerrai.

Sumber – Isteri tersakiti (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*