Diam2 Abg Balik Dari Outstation, Sbb Xpcaya. Kami Follow Kak Ipar. Pelik Kak Ipar Lama Duk Dlm Kereta. Bila Abg Mengadu, Ibu Skit Pun Tak Terkejut!

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Terima kasih admin approve cerita ini..

Ak ada terbaca 1 confession mengenai abang yg bekerja luar negara n ada perempuan lain..ak nk share jugak nasib yg sama berlaku pd abg ak.. tp isterinya punca segalanya…semoga cerita ini dijadikan iktibar utk diri yg serba kekurangan ini…

Ak dilahirkan dlm keluarga yg sederhana..tp alhamdulillah Allah berikan rezeki yg xtergambar dgn kata2.. ayah ak bekerja di kerajaan..ibu ak pula surirumah.. kami bahagia..sangat bahagia.. tp langit tak selalunya cerah..

Ak ada 4 orang adik beradik..dan ak yang ke 4..abang dan kakak ak semuanya dah kawen..aku masih menuntut di uia.. betullah orang tua2 kata nak cari pasangan biarlah yang betul2..bukan main hentam asal nmpak lawa,cantik,makeup tebal terus terpikat n kawen..

abang ak berkenalan dgn isterinya dalam 3 bulan sahaja..terus kahwin..abang ak kerja di sektor kerajaan jugak dan berpangkat.. Nak dijadikan cerita abg ak selalu kena pergi outstation..pergi ipoh,kl,seremban smua negeri dia pergi sebab terlibat dgn kursus itu ini smpai kami pun jarang2 nmpak batang hidung dia bila weekdays..

sebelum dia berkahwin,ibu dah bagi yang ibu tak berapa suka dgn pilihan abg ak..ibu suruh cari org lain..sbb ibu dpt rasa yg pilihannya tak berapa elok..at last abg ak nekad dgn pilihan dia..abg ak kawen..yes permulaan perkahwinan nmpak abg ak happy.. dia makin tembam sbb sebelum kawen dia kurus..

smpai org kata dia mcm lidi..haha…dia kerja hempas pulas utk bahagiakan isteri dia..oh yaa isteri dia berhenti kerja sebab nk fokus pd suami n keluarga.. Abg ak n isteri dia duduk serumah dgn keluarga ak..mula2 okey org kata semuanya wangi..but beberapa bulan ibu ak start perasan dgn perubahan tingkah laku dia..

dia nekad nk keluar dr rumah keluarga ak n duduk rumah sewa atas alasan nak berdikari.. keluarga ak okey aja sbb xnak halang dia n abg ak..takut gaduh nanti.. then one day lepas 2 bulan abg ak dengan wajah kusut masai,lemah longlai balik rumah keluarga ak..abg ak kata dia lapar..

isteri dah berhari2 tak masak kat rumah..ibu ak mula kesian..yela ibu mana yg xrisau satu2nya anak lelaki dia xmakan sbb isteri tak masak.. Then bulan berganti bulan..abg ak kene pergi outstation ke sabah..so abg ak pergi..smpai kat sana..kwn2 abg ak call mengatakan yg mereka nmpak isteri abg ak dengan lelaki lain..

hancur luluh hati abg ak waktu tu..sbb dia pergi outstation utk bahagiakan keluarga yg baru dibina 5 bulan..abg ak balik awal tanpa pengetahuan isteri dia..abg ak pinjam kereta kawan dia n ajak ak utk selidik isteri dia.. betul ke apa yg kwn2 abg ak bagitahu..sbb ak antara org yg abg ak percaya..

Mungkin memang Allah nak tunjuk..hari pertama abg ak jadi spy.. Allah tunjukkan depan mata dia yg isteri dia keluar dengan lelaki lain berpakaian s3ksi..yes s3ksi pakaian sendat.. tp bila dgn abg ak pakai jubah, baju kurung,semuanya menutup aurat.. menangis abg ak kat situ juga hanya Allah aje yg tahu perasaan abg ak..

abg ikut kereta yg isteri dia naik..smpailah satu tempat di tepi laut..tp isteri dia xturun dari kereta..abg ak mula syak bukan2..setengah jam abg ak tunggu dlm kereta..isteri masih tak turun2 lagi..abg ak kuatkan iman turun dari kereta n sgt terkejut rupanya isteri dia sedang ber4smara atau erti kata lain ‘ber0men’ dgn lelaki tu..

n abg ak paling terkejut juga sbb lelaki tu bekas kekasih isterinya..isteri dia tergamam xdpt nk ckp ape2..hanya menangis dan menangis.. Dgn air mata kat pipi abg ak..abg ak ajak ak balik..ak tahu dia sedih..dia cerita segalanya pd keluarga ak..ibu ak dgn muka selamba tak terperanjat

tp beritahu yg ibu ak dah lama ada naluri mengatakan isteri abg ak x elok..mula dari saat tu abg ak dah jd lain..xnak bercakap dgn sesiapa pun..pergi kerja balik kerja.. makan xlalu..smua yg dia buat tak kena..dia meracau2 seolah2 tak percaya isteri yg dia syg sanggup buat dia mcm tu..

Lepas beberapa minggu..abg ak nekad utk cerraikan isteri dia..ak menangis sbb terasa teruknya dugaan yg Allah bagi pd abg ak.. sampaikan susah dah ak nak tengok abg ak senyum,ketawa terbahak2..then after cerrai sekarang abg ak dah pindah tempat kerja..dia kata nk mulakan kehidupan yg baru..

tp ak sedih sebab dia masih tak berkeinginan utk berkahwin lagi..ak pernah kenalkan kwn2 ak kat uia nie utk abg ak..tp abg ak hanya kata okey cantik..ak nak abg ak happy semula.. korang doakanlah abg ak jumpa jodohnya yg betul2 syg n cintakan abg ak..bukan yg memperkainkan abg ak..

Dari sini ak dpt instinct yg sebelum kawen bawaklah jumpa mak ayah dulu..sbb ibu ada naluri yg sgt tajam n dpt tahu calon menantu tu sesuai atau tak..doakan keluarga ak juga happy mcm selalu..doakan abg ak pulang raya ni.. – Adik

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*