“Suami Aku Cikgu, Luruh Jantung Aku Bila Baca Whatsapp Suami Aku Dengan Anak Murid, Tak Sangka Ini Dia Buat Belakang Aku Masa Kat Sekolah”

Kenalkan aku Lisa, ibu anak 2, umur aku 26 tahun pada tahun ni dan aku seorang suri rumah.

Aku sebenarnya tak tahu nak menulis dari mana, tapi aku harap semua faham cerita aku, kisahnya suami aku seorang bis3xual.

“Suami aku cikgu, luruh jantung bila baca whatsapp dia dengan anak murid, tak sangka ini dia buat belakang aku”.

“Suami aku cikgu, luruh jantung aku bila baca whatsapp suami aku dengan anak murid, tak sangka ini dia buat belakang aku masa kat sekolah”

Yes bis3xual ada nafsu dekat lelaki dan perempuan, tapi aku tak tahu dah sampai ke ranjang ke belum dengan lelaki lain. Aku taip ni time baru je beberapa jam aku dapat tahu social life laki aku sebenarnya macam mana.

Buat pengetahuan semua, laki aku ni Guru. Kalau tengok rupa paras pun jambu dan handsome, semua orang bagitahu aku beruntung dapat laki cerdik handsome, tapi yang tahu perangai sebenarnya aku.

Betapa aku menyesal kahwin dengan dia, aku tak tahu dia kahwin dengan aku sebab memang sayang atau sebab nak tutup kerja busuk dia.

Macamana aku boleh tangkap kerja kotor dia, semuanya bermula dengan mesej dia dekat whatsapp dengan bekas anak murid dia.

Sekarang ni anak murid dia dah masuk umur 20, dan laki aku ni umur pertengahan 30 an. Chat dia dengan anak murid dia tu macam fishy giler. Dia sent sticker yang bukan bukan, gurau lucah lucah. Kadang kadang anak murid dia melayan, kadang kadang dia tak melayan.

Bila aku baca chat dia dengan anak murid dia, aku terus tanya, kenapa chat macam tu? Tak malu ke? Macamana kalau nanti anak dah besar, cikgu dia pulak yang chat macamtu dengan anak kita? Fikir ke tak?

Dia pun menangis nangis mintak maaf. Lepas pada kejadian hari itu aku dah tak ada nampak chat dia dengan anak murid dia jadi aku dah stop check phone dia (phone dia tak ade password).

Satu hari itu aku kena Covid, so aku asingkan bilik dia dan aku. Jadi memang lama laa dia membujang dalam bilik bujang tanpa aku dan anak-anak.

Lepas je aku habis kuarantin, aku terasa nak check phone dia. Aku cari nama anak murid dia, tak ade aku fikir maybe dia memang tak chat kot.

Lepastu tiba-tiba naik nama stranger, rupanya nama anak murid dia. Dia dah tukar nama contact, dan sekali lagi aku baca chat dia.

Luruh hati aku, siap ajak gurau ajak anak murid dia check in hotel, sejuk, macam macam semuanya aku geli nak baca. Kali ke-2 hati aku hancur, jadi kali ni memang aku mengamuk.

Dia menangis mintak maaf, aku mintak cerai dia nangis sebab katanya dia sayang aku. Sebab aku fikirkan dia memang baik, tolong aku jage anak walaupun dia penat balik kerja, kemas rumah, memang dia seorang yang rajin dan baik,

Walaupun nafkah batin jarang sangat bagi, aku yang mintak baru dia bagi. Kadang kadang tak sentuh sampai setahun,

Tapi masa tu aku pun dalam healing process sebab baru sudah beranak, jadi aku tak ambik kisah sangat, mungkin salah aku kurang beri layanan. Tapi aku pun kadang kadang malu kalau aku je yang mintak.

Okey berbalik lepas dia kantoi kali ke 2, dia cakap dia hanya gurau gurau je. Gurau seorang cikgu dengan anak murid dia.

Aaku tanya kenapa tipu aku? Kenapa pergi tengok wayang dengan anak murid dia diam?

Apa yang anak murid dia mintak semua dia belikan, katanya just cikgu dan student. Masa tu aku menangis sampai mata tak boleh bukak sebab rasa sakitnya bila tahu dia buat lagi perangai tu.

Dan malam tadi, anak aku dah masuk tidur sekali dengan dia, jadi phone dia tertinggal atas meja macamtu je, aku scroll2 gambar dekat gallery dia.

Tiba tiba aku terbelek screenshoot chat whatsapp, dalam chat tu budak tu bahasakan dia adik dan dia abang, budak tu mintak laki aku belanja phone dekat dia,

Jadi aku ambik phone number budak tu, aku simpan dekat phone aku. Dan aku menyamar jadi laki aku sebab aku nak tahu dia tu sape.

Tapi bile aku menyamar jadi laki aku, dia macam malas nak layan. So aku terus terang aku cakap aku wife laki aku. Aku bagitahu dia, kalau nak phone, cerita semua pasal laki aku, apa hubungan dia orang.

So budak tu cerita laa, laki aku ni suke anak ikan. Yang muda muda yang jambu dia suka, suka cakap lcah, ajak main, hantar gambar kmluan dia. Aku tanya kenal dari mana?

Katanya dari twitter. Dia kata laki aku ni nakal, suka komen dekat video g4y dan komen kat gambar g4y, aku cakap kat dia laki aku takda twitter.

Dia cakap mungkin login dekat chrome. Masalahnya dekat chrome semuanya bersih je aku tengok carian dia, semua pasal kerja dia, aku tanya budak tu, dia pun songsang ke?

Dia mengaku, dan katanya laki aku ni baik. Dia pun terkejut yang laki aku rupanya dah kawen ada anak 2.

Banyak yang budak tu cerita dan expose, aku screenshoot semua chat, aku hantar dekat laki aku. Aku sakit hati, tapi sakit hati aku tak macam sakit hati bila dapat tahu yang pertama dan yang ke 2 haritu.

Menangis macam orang giila, sakit hati aku ni tak keluarkan air mata walaupun setitik, mungkin dah puas bagi peluang.

Bila fikirkan rumah tangga, aku sayang rumah tangga aku. Semua tengok rumah tangga aku bahagia, anak comel comel dan cerdik. Tapi kisah dalam selimut, kita je yang merasa.

Sekarang ni aku tengah tunggu dia bangun dari tidur, aku tak kejutkan dia untuk mintak explaination. Aku nak bagi dia rehat sebab pagi nanti dia kerja. Cuma aku ada mesej aku mintak dia lepaskan aku atau aku sendiri akan pergi mahkamah mintak fasakh.

Aku penat nak menangis, tolong semua, apa patut aku buat? Bagi dia peluang lagi atau berpisah lagi baik?

Aku tak tahu orang yang nafsu macam dia ni akan berubah ke tak, aku tak nak anak anak aku dibesarkan oleh ayah yang nafsu songsang macamni. Tolong aku buntu.

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*