SUSULAN timbul pelbagai spekulasi selepas pelakon Zarina Anjoulie meluahkan rasa rindu terhadap bekas suami Nora Danish, aktres itu tampil mengulas isu berkenaan.
Kata Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, dia dan Nedim sudah bersahabat lama malah hubungan mereka disifatkan sudah seperti adik-beradik.
Bagaimanapun, persahabatan mereka terputus setelah Nedim bergelar suami dan Zarina turut menjauhkan diri bagi menghormati perkahwinan sahabatnya.
“Kami dah berkawan sejak berumur 19 tahun lagi, tapi hubungan kami sekadar abang dan adik.
Zarina mengulas isu berkenaan menerusi hantaran di InstaStory.
“Tapi kami berhenti berkawan sebab Nedim orangnya begitu, lepas kahwin memang dia akan putus hubungan bagi menghormati isteri dia.
“Tambahan pula, saya seorang janda jadi macam tak manis kalau nak berkawan dengan suami orang,” katanya.
Zarina menjelaskan perkara tersebut menerusi hantaran di InstaStory pada Khamis.
Sebelum ini, Nora memberitahu dia tidak terkesan dengan luahan rindu Zarina terhadap bekas suaminya memandangkan mereka bersahabat baik.
Malah, Nora juga tidak kisah sekiranya Zarina dan Nedim mempunyai hubungan lebih dari seorang teman kerana dia sudah tiada kaitan dengan bekas suaminya.
Dalam pada itu, Zarina menjelaskan hubungan persahatan yang terputus dahulu kini sudah pun disambung semula selepas Nedim kembali solo.
Menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa, Zarina menyifatkan Nedim sebagai seorang lelaki yang setia dan bukanlah kaki perempuan.
“Selepas dah bercerai kami berhubung semula macam abang dan adik, tapi hubungan kami tak lebih dari itu.
Nora dan Nedim sah bercarai pada 16 Jun lalu.
“Nedim adalah seorang yang baik, dia bukan jenis yang lepas cerai sibuk nak cari perempuan.
“Kalau dia sayang satu perempuan, dia akan saya orang tu sahaja, dan saya tahu dia sayangkan Nora, dan saya pun saya hormati mereka,” jelasnya.
Untuk rekod, Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 16 Jun lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayal, 6 tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply