Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam enam tahun lepas sebagai kes homisid (bunuh).
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata, punca kematian mangsa adalah edema pulmonari yang disebabkan oleh Leptospirosis dan akibat langsung daripada tindakan pegawai TLDM yang bertanggungjawab bagi latihan kadet menafikan rawatan perubatan kepada Soosaimanicckam.
Selepas mengambil kira semua bukti pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Soosaimanicckam, mahkamah ini mengetepikan dapatan keputusan terbuka Mahkamah Koroner dan menggantikannya dengan homisid.
Bapa buat rayuan, tiada berpuas hati keputusan Koroner
Tambah beliau, Koroner Ainul Shahrin Mohamad telah terkhilaf apabila mengumumkan bahawa keputusan terbuka dalam kes itu tanpa menimbangkan bukti yang dikemukakan.
Pada Jun lepas, Ainul yang bersidang sebagai Koroner telah mengisytiharkan keputusan terbuka dalam prosiding inkues berhubung punca kematian Soosaimanicckam semasa menjalani latihan pegawai kadet.
Bapa mendiang, S.Joseph, 71, yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner tersebut telah membuat rayuan.
Berkenaan dengan siapa yang bertanggungjawab berhubung kematian mendiang, Mahkamah Tinggi telah meneliti semula bukti-bukti yang sedia ada dan keterangan saksi menunjukkan bahawa terdapat bukti jelas mendiang memang cuba mendapatkan rawatan tetapi tidak dibenarkan oleh pegawai TLDM.
Pada 19 Mei 2018, jam 1.45 tengah hari Soosaimanicckam disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Lumut. Soosaimanicckam sebelum itu ada mengadu sakit dada dan sesak nafas di blok penginapannya selepas menjalani latihan fizikal yang merupakan rutin harian pelatih.
Sumber BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply