PENYANYI Baby Shima secara terbuka menegur pendakwah bebas Da’i Fuad yang dianggap pilih kasih dalam memberi teguran terhadap seorang agamawan.
Perkara tersebut ditujukan susulan kenyataan Fuad berhubung isu rakan pendakwah Da’i Syed yang dihukum penjara dan sebat atas kesalahan merogol.
Tampil menjawab hal berkenaan, Fuad atau Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar, 29, memberitahu dia sudah beberapa kali menegur Syed agar menjaga perilaku sebagai seorang pendakwah.
Antara nasihat Fuad kepada Syed.
“Dalam isu Da’i Syed ini dah lama. Bukan satu sahaja, banyak isu. Kami tidak berdiam.
“Saya khususnya… tidak tidur. Pada 2018 saya tegur tukar gaya rambut sebab tidak sesuai sebagai pendakwah.
“Pada 2023 saya tegur jangan kongsi video tarian sebab pernah viral. Dia terima dan tiada lagi video tarian bersama pasangan,” katanya.
Fuad berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di Instagram pada Isnin.
Dalam hantaran tersebut dia turut menunjukkan bukti perbualannya bersama Syed sebelum ini selain komen yang dibuat oleh Shima.
Malah Fuad juga sekali lagi menegaskan isteri kepada Syed iaitu Hana Ismail tidak seharusnya dipersalahkan dalam isu yang sedang hangat diperkatakan ini.
Komen terbuka Shima terhadap kenyataan Fuad.
“Saya konsisten bahawa kesalahan ini tidak harus diletakkan kepada isteri dan anaknya. Yang salah dan yang buat jenayah adalah dia (Syed).
“Saya juga seru kepada semua mangsa terus mara ke hadapan untuk suarakan hak anda dan kena ada keberanian,” ujarnya.
Sementara itu, Shima dalam satu hantaran di Instagram mempersoalkan rakan-rakan pendakwah yang dilihat seakan-akan berdiam diri selain membandingkan teguran terhadap golongan artis.
“Kena puak sendiri, pandai pula suruh netizen diam. Bila puak buat hal semua senyap masuk dalam gua. Buat-buat tak nampak,” komennya.
Pada Jumaat lalu, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply