MADU Kepada Pelakon Miera Liyana Dakwa Suami Tak Pernah Balik Sejak Nikah Baru, Selepas 28 Tahun Kahwin Tiba2 Suami Fail Cerai

MADU kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama suami Rosland Othman, 50, meskipun hubungan mereka sudah dilanda masalah sejak 2021.

Kata Adibah, 50, dia yakin dirinya berada di pihak yang benar dan hanya meminta agar suami menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga.

“Saya yakin saya tidak bersalah. Jadi sebab itu saya tidak mahu bercerai. Talak memang terletak di tangan suami, tapi saya harap rumah tangga ini dapat diselamatkan. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku nanti,” katanya kepada mStar.

miera 2

Adibah hadir bersama peguamnya.

Adibah dan Rosland hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) urusan rumah tangga mereka.

Adibah hadir bersama peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.

Sementara itu, Adibah berkata suaminya itu juga sudah lama tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.

Apa membuatkan dia lebih sedih apabila tiada perbincangan dilakukan antara mereka dalam menyelesaikan masalah rumah tangga sehingga perlu di bawa ke mahkamah.

“Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini.

“Saya harap dia akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. Namun antara kami berdua tidak pernah berhubung,” ujarnya.

Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini

Menurutnya Adibah lagi Rosland sebelum ini bertindak mengambil anak keempat mereka Nur Anisa, 12, tanpa pengetahuannya dan kini tinggal bersama suami.

“Dia ambil anak dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, anak kami terus tinggal bersama dia.

“Dia masih berstatus suami saya jadi saya tidak ada masalah untuk dia menjaga anak. Cuma saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab,” jelasnya.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sementara itu, Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang anak perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Sumber MStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*