Pelakon Bersuara Serak Basah Jue Aziz Tamat Zaman Janda, Kahwin ‘Pucuk Muda’, Rupanya Suami Baru Bukan Calang2

PETALING JAYA – Hampir lima tahun menjanda, pelakon Jue Aziz mendedahkan sudah bertemu jodoh dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ridwan.

Mereka melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Jue atau Juliana Abdul Aziz, 40, berkata, dia dan suaminya sudah lama mengenali di antara satu sama lain sebelum memutuskan untuk berkahwin.

“Sejak bila kami kenal biarlah rahsia tetapi, kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin.

Jue Aziz tamat zaman janda, kahwin 'pucuk muda' bulan lalu - Kosmo Digital

“Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi dipercepatkan bagi menunaikan permintaan ibu saya yang sudah berusia.

“Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru,” katanya kepada media.

Terdahulu, menerusi ruangan pojok Diva, Kosmo! melaporkan status Jue yang sepertinya sudah tidak lagi berstatus ibu tunggal apabila memberi bayangan kembali bergelar isteri.

Menerusi majlis berlangsung, Jue yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Manjalara menerima mas kahwin sebanyak RM222 berserta seutas gelang dan sebentuk cincin.

Wajah Cantik JUE AZIZ Usia 39 Tahun, Akui Bahagia Jadi Ibu Seorang Anak  Angkat! - Nona

Enggan terlalu bercerita tentang peribadi suami, Jue bagaimanapun memaklumkan Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.

“Umur dia pun rahsia. Tetapi dia lebih muda daripada saya.

“Suami seorang yang sentiasa memberi sokongan dan faham akan kerjaya saya,” ujarnya.

Jue sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik asal Indonesia bernama Bayu Praman pada Mac 2014 dan bercerai pada Januari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata namun mereka mempunyai seorang anak angkat iaitu Darwish Naufal, 11. – KOSMO! ONLINE

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*