Salam Takziah, Pergi Pada Hari Jumaat Yang Mulia, Perginya Seorang Pelakon Ke Negeri Abadi

DUNIA hiburan sekali lagi menerima perkhabaran buruk apabila pelakon Jeff Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Jumaat.

Allahyarham Jeff atau Muhammad Jefrey Hassan, 56, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.25 pagi di Hospital Segamat, Johor.

Berita pemergian aktor itu disahkan sendiri oleh rakan artis iaitu Mak Wan atau Halimatussa’diah Mohd Daud.

jeff1 - 1

Jeff banyak membintangi drama termasuk Gerak Khas.

“Saya dapat berita sedih ini daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Saya dimaklumkan Allahyarham meninggal sebab sakit jantung,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mak Wan memberitahu dia tidak mengetahui Jeff mempunyai penyakit kerana sering dilihat berada dalam keadaan sihat.

Mak Wan juga sering bekerjasama dengan Jeff dan menyifatkan Allahyarham seorang pelakon yang baik dan berbakat.

“Dulu saya selalu juga bekerjasama dengan dia tapi saya tidak tahu pula dia pernah sakit sebab nampak dia sihat sahaja.

“Dia bagus berlakon. Dia selalu buat hal dia sendiri tak kacau orang lain. Dia akan menilik skrip dia dan tidak mencampuri urusan artis lain,” ujarnya.

Difahamkan, Allahyarham disolatkan di Masjid Bandar Putra, Segamat, pada pukul 8 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Jawa, Segamat, Johor.

Allahyarham sebelum ini sering muncul membawa watak imam dan polis dan antara drama popular yang dibintanginya termasuk Gerak Khas.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*