Tular Engku Emran Beriadah Dengan Anak-Anak Fiza Halim, Tak Sangka Ini Respon Fiza

Tular baru-baru ini mengenai satu video yang memaparkan suami kepada pelakon Noor Nabila, Engku Emran dikatakan membawa anak-anak Fiza Halim keluar beriadah.

Meskipun video itu sudah dipadam, Fiza yang dihubungi media tampil menjelaskan perkara sebenar di mana dia menganggap dakwaan netizen itu tidak berasas sama sekali

Kata Fiza, dia terkejut dengan dakwaan itu dan hanya mengetahui mengenai berita itu setelah kawan dan kakak angkatnya menghantar ‘screenshot’ mengenai komen peminat di Instagram.

Saya sendiri tidak pernah kenal pun Engku Emran dan hanya mengetahui mengenai dirinya dengan bekas isterinya iaitu Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella di TikTok. Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan kami bercinta tu.

Tambahnya lagi, tidak masuk akal jika Engku Emran membawa anak-anaknya keluar tanpa pengetahuan dirinya.

Saya pelik bila keluar cerita Engku Emran dipercayai membawa anak-anak saya keluar sedangkan mereka tidak boleh keluar rumah sesuka hati pun.

Menafsirkan insiden itu sebagai gosip semata-mata, Fiza berkata dia sudah tidak kisah dengan kecaman peminat kerana sudah lali.

Terdahulu, di sebalik dakwaan keluar dengan anak-anak Fiza, ada netizen mengandaikan dua remaja yang bersama-sama Emran itu adalah anak saudaranya bukan anak Fiza seperti yang didakwa.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*