Peminat terkejut ‘Ezad Lazim’ masih hidup, lewat malam buat live TikTok

PENYEBARAN berita palsu yang mendakwa beberapa nama besar dalam industri hiburan telah meninggal dunia kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Ramai terpedaya dengan berita berkenaan sehingga menyebabkan ia tersebar luas di media sosial tanpa sebarang usul periksa.

Turut berdepan situasi sama ialah penyanyi Ezad Lazim yang didakwa meninggal dunia pada pertengahan Mei lalu.

Lebih menyedihkan kata Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 43, ramai mempercayai berita berkenaan sehingga ada terkejut melihat dia masih hidup ketika muncul dalam video siaran langsung di TikTok.

328379488_146511611263873_9170469451595033953_n

Berita palsu kematian Ezad Lazim.

“Lewat malam semalam saya live di TikTok, ramai juga yang komen terkejut tengok saya. Ada juga yang ingat saya sudah meninggal dunia. Allahuakhbar,” katanya.

Ezad berkongsi perkara itu menerusi laman Facebook miliknya.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Ezad meluahkan rasa terkejut berita palsu mengenai kematiannya tersebar luas dan ia bukan kali pertama berlaku kepadanya.

“Sebelum ini pun sudah ada berlaku tapi ketika itu memang saya sedang sakit di hospital. Kali ini tiada pun berita sakit, tiba-tiba saya dikhabarkan meninggal dunia.

“Saya pun tak faham kenapa masih ada sanggup buat begini. Apa paling pelik, tajuk yang ditulis tidak sama seperti cerita disampaikan,” ujarnya.

Sebelum ini sebuah blog hiburan dipercayai menyebarkan berita kematian Ezad dengan tajuk Innalilahi, wainnailaihi rojiun, khabar duka dari Ezad Lazim telah meninggal dunia.

Malah portal berkenaan turut berkongsi foto jenazah sedang disembahyangkan membuatkan ramai yang percayai tentang berita palsu itu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*