Kisah bermula apabila saya berkahwin dengan isteri sejak 6 tahun yang lalu. Dia merupakan wanita pilihan ayah saya. Isteri saya tidak pernah bersekolah sejak kecil. Ayahnya orang Cina (driver lori balak) dan ibunya pula Orang Asli. Mertua tidak berkahwin.Isteri saya did3ra oleh neneknya sejak dari kecil.
Pada mulanya ayah saya berkenan pada isteri sewaktu dia menyertai lawatan ke penempatan Orang Asli. Dia mahu gadis itu dijodohkan dengan saya, ketika itu isteri belum mencapai usia 20 tahun.
Gambar Sekadar Hiasan.
Disebabkan kerana hati yang lara, saya terima saja memandangkan bakal isteri cantik, campuran Cina dengan Orang Asli. Cuma dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis, tidak tahu tentang dunia, media sosial apa semua pun tak pernah tahu. Dipendekkan cerita, perkahwinan dipercepatkan dan ibu minta kami tinggal bersamanya.
Pada usia perkahwinan baru setahun jagung, kami keluarga yang bahagia. Ibu mengajar isteri solat/mengaji dan saya mengajarnya menulis dan membaca.walaupun kadang-kadang terasa jerih kerana dia sangat sukar untuk memahami apa yang diajar, namun dia akhirnya mampu solat dan mengaji sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa menduga hamba-hambaNya. Setiap suka, tentu ada dukanya.
12 Jan 2017 yang lalu, saya ternampak kesan berbirat di kaki kanan isteri lalu saya tanya apa terjadi. Jawabnya, dia terlanggar bucu katil.
17 Jan 2017, terdapat kesan lebam besar di lengan sebelah kanan. Saya menjadi semakin pelik tetapi bila ditanya, isteri kata dia terlanggar meja pula.
Saya berasa semakin pelik, isteri semakin pendiam dan tidak banyak berbual. Dia lebih banyak menyendiri di dalam bilik walaupun sewaktu saya ada di rumah, bila ditanya, jawabnya tiada apa-apa.
Saya berdoa kepada Allah, sesungguhnya tunjukkanlah saya jalan apa yang perlu saya buat.
24 Jan 2017, isteri ada kesan lebam di dua tiga tempat belakang badannya. Puas saya memikirkan cara untuk mengetahui kenapa isteri jadi begitu, saya berkongsi cerita dengan kawan baik.
Jawabnya, “Camera will never lied to you”, dan dia pinjamkan saya goPro miliknya untuk digunakan di rumah.
Esok harinya saya letak GoPro senyap-senyap di atas kabinet pinggan hiasan ibu. Boleh dikatakan nampak seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur, dengan harapan Allah tunjukkanlah saya bukti.
25 Jan 2017, saya bawa GoPro itu ke pejabat. Kemudian saya mainkan satu rakaman demi satu. Kelihatan isteri saya keluar dari bilik untuk mengemas rumah, memasak di dapur untuk seketika. Tiada apa yang pelik terjadi.
Bagaimanapun jam 11.25 pagi, semasa ibu pulang dari mengajar, isteri yang sedang menyapu di ruang tamu tidak semena-mena sewaktu ibu melintasi isteri di ruang tamu, ibu tarik rambut isteri dari belakang lalu dihumban kepala isteri ke lantai. Saya tergamam! Betulkah apa yang saya lihat ini? Saya ulang sekali lagi, ulang dan ulang. Sewaktu saya melihat video itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.
Sangat jelas dalam rakaman tersebut, isteri saya sakit dan ketakutan membetulkan rambutnya. Ibu datang semula dengan cepat dan ambil penyapu yang jatuh lalu dilibas belakang badan isteri. Isteri saya menahan penyapu dari terus memvkul badannya. Namun ibu libas lagi sebelum hempas penyapu ke badan isteri.
Sewaktu saya menulis ini, saya masih lagi tidak mampu mengawal perasaan, menangis dalam hati saya mengingatkan apa yang isteri saya lalui. Saya tidak mampu menonton rakaman yang lain, lalu laptop itu saya tutup. Saya menangis di meja semahu-mahunya sambil mengenangkan isteri.
Sebelum ini saya berkahwin dan membawa dia tinggal bersama dengan ibu dengan harapan dapat merubah dia dari kehidupannya sebelum ini. Dia juga pernah didera nenek dan bapa saudaranya, dic4bul sepupu dan tiada siapa yang membela nasibnya sejak dari kecil lagi. Sehinggalah dia berkahwin dengan saya.
Lalu saya kemaskan barang-barang di office dan beritahu kawan-kawan yang saya ada masalah kecemasan dan terpaksa pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, saya menangis. Pelbagai persoalan bermain di fikiran saya, “Kenapa, kenapa ibu buat begitu pada isteri saya? Apa dosa isteri saya?”
Sejurus tiba di pintu rumah, saya nampak isteri sedang menjemur baju. Ibu tiada kerana kelas mengajar ibu selepas Zohor. Sewaktu masih di dalam kereta, saya menangis dan isteri melambai-lambai dan tersenyum pada saya. Waktu itu saya melihat isteri, saya melihatnya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang yang tidak pernah saya rasai pada sesama manusia selama saya hidup.
“ Kenapa ni abang?” soalnya. “ Kemas kain baju cepat, bawa yang mana perlu bawa sahaja. Jangan tanya apa-apa,” kata saya padanya.
Saya mendaftar masuk ke bilik hotel yang selesa untuk isteri supaya saya tidak perlu risau akan keselamatan dia. Kemudian saya mesej ibu dan beritahu saya bawa isteri pulang ke kampung pakciknya untuk seminggu. Masa ibu tanya kenapa, saya langsung tidak membalas mesej ibu. Ayah tidak tahu tentang perkara ini.
Sesungguhnya Allah itu maha kuasa. Saya temui cinta ikhlas, kebaikan dan ketenangan dalam hambamu yang paling serba kekurangan. Dia isteri yang paling saya cintai. Sekarang saya sudah menyewa sebuah rumah yang selesa buat kami berdua walaupun kecil. Namun apa yang paling penting, isteri saya teramat gembira.
Suatu hari ibu bertanya kenapa pindah? Senang nak berulang alik dari office ke rumah, jawab saya.
Mengapa saya yang perlu berlebih-lebih nak marah ibu? Saya juga tidak tahu mengapa isteri saya tidak menceritakan apa yang berlaku, sejak bila diperlakukan oleh ibu. Saya takkan mampu untuk bertanya, risau akan mengeruhkan keadaan yang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi pada detak hati saya, setelah sekian lama mengenali isteri, saya dapat rasakan isteri takut akan kehilangan saya.
Hingga saat ini dia tidak berkongsi cerita pada sesiapa kerana dia tidak mempunyai kawan atau saudara yang lain. Dia tidak ceritakan pada saya kerana bimbang saya tidak percayakan dia lalu dia memilih untuk berdiam diri. Namun Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya yang teraniaya. Sekiranya , jika isteri saya ceritakan apa yang berlaku, tentunya saya tidak akan percaya.
Doa saya mudah-mudahan hati ini sentiasa kekal redha dengan setiap apa yang berlaku.
Akhir sekali pesanan buat isteri, sekiranya awak baca luahan ini suatu hari nanti, abang mohon maaf kerana membiarkan awak menderita untuk seketika. Namun awak perlu tahu, mungkin abang takkan selama-lamanya ada di sepanjang hayat awak. Tetapi abang akan sayangkan awak sepanjang hayat abang.
Sumber RT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply