Rata-rata peminat sudah ada yang mengetahui pelakon senior Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie kini berkerja sebagai tukang cuci.
Beberapa hari lalu, pelakon senior Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie ada memuat naik beberapa keping foto dirinya memakai baju seragam ‘cleaner’ atau tukang cuci tandas di akaun Instagram miliknya.
Kongsi aktres berusia 49 tahun ini mengakui menerima pelbagai persoalan daripada peminat gara-gara memakai baju seragam ‘cleaner’ berona biru.
“Kecoh pasal post gambar pakai baju clennner semalam. Ada yg call tanya…betul ke…!sebenarnya bagi saya ape salahnya. Sesiapa pn boleh post ape2 pun.
“Kalau saya clenner, itu satu pekerjaan yg baik. Halal..kalau tak keje, u all nak bagi duit ke?.. Susah, org lagi kutuk. Tak kan nak tunjuk yg hebat2 dan mewah jer dalam IG. Not me….,” tulisnya.
Sekadar infomasi, Noralbaniah memulakan karier lakonan sekitar pada tahun 1989 dan telah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Sudarman Daud pada tahun 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Terkini,
Saya bukan ‘cleaner’ – Noralbaniah
PELAKON popular era 90-an, Noralbaniah tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai yang masih menganggap dirinya bekerja sebagai tukang cuci (cleaner).
Memetik laporan portal Gempak, Noralbaniah ketika ditemui di majlis tayangan filem Vik2ria Secret baru-baru ini berkata, dia masih lagi berlakon sehingga kini, cuma jarang berkongsi mengenai karya lakonannya di media sosial.
“Saya mahu jelaskan saya bukan ‘cleaner’, saya berdiam diri sebab memang itu perangai saya. Saya pernah tulis sekitar empat atau lima tahun lalu, saya makan di restoran mewah pun saya tak cakap, makan bawah jambatan pun tak beritahu.
“Ya saya pernah hidup susah dulu. Mungkin disebabkan saya hanya muat naik apa yang penting saja di media sosial. Saya adalah orang lama, bukan macam budak zaman sekarang.
“Sebenarnya saya orang lama yang tidak aktif di media sosial. Saya tidak banyak memuat naik perkembangan saya di media sosial, meskipun saya sedang menjalani penggambaran,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Noralbaniah mengakui disebabkan jarang memuat naik perkembangannya di media sosial, ramai juga yang menyalah anggap dia tidak berlakon, sedangkan dia masih lagi menjayakan drama-drama tempatan.
“Saya belum lagi buat video menjelaskan perkara sebenar, tunggulah saya menjelaskan nanti bahawa saya bukan cleaner menerusi sebuah video.
“Sebenarnya orang salah anggap gambar saya berikutan iklan di lapangan terbang yang mana bertujuan memberi kesedaran menjaga kebersihan tandas. Tapi ada yang salah anggap, ada yang telefon saya nak berikan tawaran lakonan, tapi ragu saya boleh bekerja atau tidak.
“Bulan lalu pun ada saudara pun tegur benda sama, katanya kasihan pada saya. Ini semua adalah salah faham,” katanya.
Albaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, dia ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman.
Foto: Instaram Noralbaniah via http://www.bsm.kini.blog/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply