Ada ijazah ‘medic’ pun tak guna, kerja kilang akhirnya… wanita rasa hidupnya gagal! Lagi stres dapat mak ayah jenis ‘control’

MENUNTUT ilmu tinggi hingga ke menara gading, pastinya ‘hasil’ yang diharap juga adalah setimpal.

Namun, realiti tidak selalunya indah dan dunia tidak selalunya adil.

Begitulah kisah gadis ini yang menggenggam segulung ijazah sarjana muda dalam jurusan perubatan tetapi kini bekerja di luar bidang yang tidak setaraf.

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, gadis itu merasakan hidupnya gelap setelah usaha keras selama bergelar siswi tidak menunjukkan hasil sepatutnya.

“Saya sekarang umur 26 tahun. Saya tengah kerja dekat kilang dan seperti yang korang semua tahu, kerja kilang ni gaji sikit sangat.

“Dalam keadaan saya ni, saya rasa macam saya seperti dah gagal dalam kehidupan.

“Belajar sampai degree tapi akhirnya kerja di kilang,” luah wanita itu.

Gadis itu berkata hidupnya tidaklah punah sepenuhnya tetapi kerana pekerjaannya kini, dia sering murung.

“Saya ada degree dalam perubatan tapi sekarang ni kerja jadi operator di kilang, boleh faham tak?

Kalau bukan dalam keadaan memaksa, awak sepatutnya utamakan diri awak dahulu.

“Saya ingatkan habis degree dalam bidang perubatan boleh kerja hebat dengan gaji besar tapi ke kilang juga akhirnya.

“Mak ayah saya pun tertanya-tanya kenapa kerja kilang padahal ada degree. Saya bukan sahaja dah gagalkan diri saya tapi mak ayah saya juga,” ujar gadis itu kecewa.

Menurut gadis itu lagi, hidupnya juga terhimpit kerana kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan.

“Saya nak sangat cari kerja yang ada kena-mengena dengan bidang. Antara salah satu sebab saya bekerja dekat kilang ni pun sebab nak dekat dengan rumah.

Apa yang tertulis untuk diri pasti ada hikmahnya. -Gambar hiasan

“Mak ayah tak bagi bekerja di Kuala Lumpur, katanya nanti susah nak jaga diaorang dan kalau apa-apa jadi senang ada dekat.

“Itu sebab saya terpaksa bekerja di kampung. Itu sebab saya rasa diri saya gagal,” kata wanita itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya cuba memberikan kata-kata semangat dan nasihat.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

“Saya rasa baik dia cari kerja yang berkaitan dengan bidang dia. Boleh juga cuba kerja jarak jauh dengan mana-mana syarikat antarabangsa. Rajin-rajin korek Linkedin.

“Kalau tak suka kerja kilang baik terus tukar kerja. Cari kerja farmasi atau klinik. Sambil tu boleh tambah ilmu.

“Kalau bukan dalam keadaan memaksa contohnya ibu bapa dah uzur dan tak boleh uruskan diri sendiri, awak sepatutnya utamakan diri awak dahulu.

“Bunyi macam self-centered, tapi kalau kita nak menyara ibu bapa kita ke arah kehidupan yang lebih baik, kita kena ada tahap pendapatan yang berkemampuan dahulu,” kata sebahagian warga maya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*