Tak mahu kecoh-kecoh, Ibu pilih selesai isu adik Bella Astillah antara keluarga

IBU pelakon Bella Astillah memilih untuk menyelesaikan kemelut melibatkan seorang lagi anaknya iaitu Eriqa Astillah sesama keluarga.

Zarina Astillah berkata selebihnya dia enggan mengulas lanjut termasuk pendedahan Bella mengenai Eriqa mempunyai hubungan sulit dengan Aliff Aziz.

“Nanti kami akan selesaikan antara keluarga. Saya tidak mahu ada sebarang kenyataan,” katanya kepada mStar.

2626887

Bella dedah adiknya Erika juga terlibat dalam kes curang suaminya Aliff.

Zarina atau Eina menjelaskan perkara itu ketika menemani Bella menghadiri sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, mendedahkan suaminya itu banyak kali berlaku curang sepanjang 10 tahun usia perkahwinan mereka.

Lebih mengejutkan lagi, Bella juga mendakwa dia ada menyimpan bukti Aliff curang dan rapat dengan adiknya sendiri iaitu Eriqa.

Bagaimanapun disebabkan terlalu sayang akan suaminya itu, Bella sanggup mengetepi keluarga dan lebih memihak kepada Aliff.

Susulan terbongkar kisah Eriqa dan Aliff, adik Bella itu dikatakan melarikan diri dan tidak bertemu keluarga.

Sementara itu bercakap tentang kes perceraian Bella dan Aliff, Eina memberitahu dia sentiasa memberi sokongan buat anaknya itu.

“Saya sentiasa di belakang Bella,” jelasnya ringkas.

Dalam sebutan kes yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat, Aliff membuat keputusan mahu mempertahankan rumah tangga mereka dan masih sayangkan Bella.

553 (5)

Aliff dan Bella gagal capai kata sepakat ketika kes cerai mereka pada pagi Khamis.

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff pada 13 Mac lalu selepas pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*