Ajak lawan boxing, Aliff Aziz respon posting gambar Ruhainies dengan jejaka lain

Tindakan Aliff Aziz respon posting yang dibuat Ruhainies sewaktu bergambar dengan jejaka lain nampaknya mencuri perhatian apabila bertanyakan sama ada lelaki tersebut adakah teman lelaki pelakon wanita itu yang mahu berlawan dengannya secara satu lawan satu.

Ruhainies repost gambar berdua

Perkongsian tersebut dibuat selebriti terbabit menerusi muat naik semula posting yang dilakukan Ruhainies apabila berkongsi gambar berdua dengan lelaki terbabit.

aliff aziz respon

Aliff Aziz respon, ajak lawan boxing

Tak hanya itu, Aliff turut mengajak lelaki tersebut bertarung boxing agar semua pihak dapat menonton beserta emoji tertawa dihujung ayat tersebut.

“Ni ke bf yang kononnya saya nak 1 to 1 tu? Jom kita bagi dorang semua tengok kita boxing match nak? soalnya.

Aliff Aziz respon, tinggalkan hastag #yangbukanbukanberitasekarang

Dalam pada itu, Aliff turut meninggalkan hastag dengan menyatakan berita-berita sekarang banyak yang ‘bukan-bukan’ tanpa menyatakan maksud di sebalik kata-kata tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas posting tersebut, Ruhainies dan aktor kelahiran Singapura itu telah memadamnya dan jejaka yang berkongsi gambar berkenaan turut mengunci Instagram.

Posting dah dipadam, kongsi promosi drama pula

Tidak lama selepas itu, bekas suami kepada pelakon, Bella Astillah itu telah berkongsi potongan video mempromosikan drama lakonannya bersama Ruhainies bertajuk Terjerat yang sedang ditayangkan di platform digital.

respon aliff aziz

Sekadar info, nama Ruhainies dan Aliff Aziz telah menjadi topik perbualan hangat sejak Mac lalu susulan berita ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, pelbagai tangkapan layar perbualan mesej menerusi aplikasi WhatsApp mereka berdua tular sehingga menjadi isu panas apabila turut mengaitkan beberapa nama selebriti Tanah Air.

Susulan daripada itu, Aliff dan bekas isteri telah sah berpisah talak satu pada 13 Jun 2024 selepas Bella Astillah menfailkan tuntutan cerai ekspres pada 13 Mac lalu.

Sumber: Instagram aliffaziz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*