PETALING JAYA – Sejak berita mengenai pelakon terkenal, Erra Fazira, 50, dikatakan sedang dilamun cinta menjadi tajuk akhbar tempatan, ramai netizen mula berteka-teki siapakah lelaki bertuah yang berjaya menambat hatinya.
Menurut sumber, lelaki yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem negara itu dikenali sebagai Ezwan Zain, 44, yang merupakan seorang usahawan yang memiliki kafe kuih yang terkenal di sekitar Lembah Klang.
Lebih menguatkan spekulasi, Ezwan turut memuat naik foto Erra dalam InstaStory sewaktu mereka berdua keluar makan malam bersama sempena sambutan tahun baharu.
“Terima kasih belanja makan malam awak. Selamat tahun baru dan salam Rejab,” tulisnya.
Lelaki yang dikatakan sedang rapat dengan Erra Fazira (berbaju putih) bernama Ezwan Zain. Foto Instagram: Falyq Hikyle
Menerusi tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram penyampai radio Sinar FM, Falyq Hikyle, kelihatan Erra dan Ezwan berada bersama-sama di sebuah pusat karaoke semalam bagi meraikan sambutan hari lahir Ezwan.
Sementara itu menerusi temu bual bersama sebuah akhbar tempatan, Erra enggan mengulas lebih lanjut sejauh mana hubungannya dengan lelaki yang dimaksudkan dalam ucapan yang dimuat naik dalam ‘InstaStory’nya semalam.
“Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak. Kalau tak jadi saya juga yang malu nanti,” katanya.
Terdahulu, semalam ucapan Erra dalam InstaStory buat seseorang menjadi bualan ramai kerana ucapan tersebut dikatakan berbaur romantis disulami dengan lagu Semoga Abadi dendangan Misha Omar.
Gambar susuk lelaki dan perempuan yang digelapkan juga menguatkan spekulasi bahawa hantaran itu ditujukan kepada seseorang yang istimewa di hatinya
Sumber Kosmo.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply