Nur Farah Kartini Dibunuh Sebab Ugut Mahu Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Suspek?

Kes pembunuhan membabitkan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini terus menjadi topik bualan hangat dan mendapat sorotan ramai.

Hubungan sulit?

Nur Farah Kartini

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dipercayai dibunuh kerana suspek berang apabila mangsa mahu mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isterinya.

Sumber memberitahu, konflik percintaan antara mereka berlarutan selepas mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya.

Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang juga penjawat awam adalah teman lelaki kepada mangsa.

Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam. Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, jam 6 petang Isnin.

10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

Pagi Selasa, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.

Lelaki terbabit yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*