“Aku Dan Isteri Kahwin Siam Senyap-Senyap Masa Masih Belajar, Oleh Kerana Orang Tua Tak Tahu, Rupanya Isteri Aku Ada 2 Suami!”

Aku dan isteri kahwin siam senyap-senyap masa masih belajar, oleh kerana orang tua tak tahu, rupanya isteri aku ada 2 suami!

“KETIKA melanjutkan pengajian dua tahun lalu, Saifullah Sulaiman (bukan nama sebenar) menyulam cinta dengan rakan sekuliahnya.

Saifullah menganggap Zarina Alwi (bukan nama sebenar) sebagai pengarang jantung hatinya.

“Aku dan isteri kahwin siam senyap-senyap masa masih belajar, oleh kerana orang tua tak tahu, rupanya isteri aku ada 2 suami!”

“Aku dan isteri kahwin siam senyap-senyap masa masih belajar, oleh kerana orang tua tak tahu, rupanya isteri aku ada 2 suami!”

Bagi lelaki itu, Zarinalah yang paling bernilai dalam hidupnya. Ketika itu, kedua-duanya baru berusia 23 tahun dan mengambil jurusan teknologi komputer.

Rupa-rupanya Saifullah tidak bertepuk sebelah tangan. Wanita itu juga mencintainya. Mereka kemudiannya serius menyulam cinta pada awal semester kelima di sebuah institusi pengajian tinggi.

Selepas beberapa bulan, kedua-duanya mengambil satu keputusan drastik. Benar, mereka berdua memutuskan untuk menghalalkan hubungan yang dijalin.

Masalahnya adalah, mereka takut memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing. Alasannya, Saifullah malah Zarina yakin, perkahwinan pada usia muda akan dihalang oleh kedua-dua orang tua mereka.

Bapa Zarina pula mahukan anaknya memfokuskan pelajaran di menara gading, sementara Saifullah pula seakan-akan terlalu terdesak mahu disatukan. Pernah terlintas dalam fikiran Zarina untuk menolak sahaja permintaan Saifullah, namun seperti ada ‘kuasa’ yang berbisik kemungkinan beliau bakal kehilangan jejaka idamannya jika tidak dinikahi segera.

Memang cinta itu selalu membutakan manusia. Zarina dan Saifullah akhirnya tanpa rasa bersalah tetap berkahwin dengan berwali hakim di negara jiran.

Suami baharu

Maka, bermulalah episod baharu. Meskipun sudah bergelar suami isteri, mereka tidak pernah duduk sebumbung, malah rakan sebilik mahupun sekuliah Saifullah serta Zarina tidak pernah tahu bahawa mereka sudah bernikah. Hanya seorang kawan baik kepada Saifullah yang mengetahui hubungan mereka.

Enam bulan kemudian, pengajian mereka tamat. Babak seterusnya lebih perit apabila mereka hanya sekali-sekala berhubung selepas masing-masing pulang ke kampung halaman dan tinggal bersama keluarga.

Dalam perhubungan, faktor geografi sangat memainkan peranan. Oleh kerana duduk berjauhan ditambah sibuk dengan kerjaya, silaturahim antara mereka semakin renggang.

Sehinggalah pada suatu hari, rakan baik kepada Saifullah menelefonnya bertanyakan tentang status hubungannya dengan Zarina.

“Kami masih suami isteri walaupun tak duduk bersama. Aku tak pernah ceraikan Zarina dan tetap masukkan duit nafkah setiap bulan,” kata Saifullah kepada teman baiknya.

Bagaimanapun, berita yang disampaikan perantara itu membuatkan hati Saifullah bagai ditusuk sembilu. Masakan tidak, Zarina dikhabarkan telah bernikah dengan lelaki lain sedangkan wanita itu masih mempunyai suami yang sah.

Melihat situasi yang mencelarukan itu, Saifullah membawa kes permohonan daftar nikah antaranya dengan Zarina di negara jiran dua tahun lalu ke mahkamah syariah.

Pada masa sama, beliau turut memfailkan tuntutan faraq nikah antara Zarina dan suami baharunya.

Setelah meneliti dan menimbangkan segala fakta serta pembuktian yang dikemukakan, hakim memutuskan bahawa pernikahan Saifullah dan Zarina di negara jiran dua tahun lalu adalah sah menurut hukvm syarak.

Maka, pernikahan antara Zarina dengan ‘suami’ baharunya adalah tidak sah dan batil.

Walaupun lega dengan keputusan mahkamah syariah, Saifullah diasak rasa serba salah untuk merungkaikan perkahwinan rahsianya dengan Zarina kepada keluarganya dan keluarga mertuanya.

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*