Aku Ibu Tunggal. Abg Ipar Cuba Rg0l, Aku Terlepas. Tapi Reaksi Ibu Buat Aku Terkedu.!

Assalam para pembaca. Hidup ini terlalu banyak liku dan cubaan yang kadang buat kita leka, putus asa dan kecundang dengan nfsu. Begitu juga saya, ibu tunggal anak 3, berusia 30an. Saya bekerja di sektor awam dan membuat bisnes sebagai side income untuk membesarkan anak anak seorang diri. Terlalu banyak dugaan yang menimpa dari awal kahwin sehinggalah bercerrai dan hidup sebagai ibu tunggal.

Diuji dengan anak Autism dan ADHD serta menanggung trauma kerana kejadian hampir dirg0l abang ipar, membuatkan kekadang saya hilang waras dan tewas dengan nfsu amarah.

Hasil nya, anak anak menjadi mngsa jerit pekik seorang ibu. Anak anak saya tidak bersalah. Anak anak saya bukan juga susah untuk dijaga. Walaupon hebat dugaan untuk membesarkan anak Auutism, tapi saya redha. Itu ujian saya. Kadang kadang hilang juga kesabaran saya, pasti saya akan tinggikan suara.

Saya sangat sibuk berkerja mencari duit membesarkan anak anak. Saya tahu anak anak terlalu banyak membawa diri dan sedih dihati.

Setahun berlalu peristiwa hitam yang terjadi masih segar. Macam mana pon saya cuba untuk lupakan, tapi peritiwa itu tetap disitu,

Ini kerana abang ipar saya masih ada di dalam keluarga. Diterima seperti tiada apa apa. Dikala saya perluukan ibu untuk menyokong saya, ibu saya tiada. Dia memilih untuk mempertahan kan pelaku. Memberi peluang pada pelaku, kerana pelaku ada anak anak. Habis, anak saya?

Bila saya gagal mengawal diri, bila saya teringat peristiwa itu kembali, anak anak yang menjadi mngsa saya. Ibu saya mengatakan maaf kan je lah. Bukan jadi apa apa pon.

Yaa, ibu. Tiada apa yang terjadi. Tapi susah payah saya melepaskan diri dari binatang tu, perlakuan dia terhadap saya, bagaimana mungkin saya lupakan sekelip mata??

Balas ibu, banyak mengaji, pasti lupa. Bagi saya, ibu saya lebih sayangkan abang ipar dari anak nya sendiri. Maafkan saya kerana kasih sayang saya berkurangan terhadap ibu. Luuka hati saya, tiada siapa yang peduli

Hati saya skit, lihat abang ipar bebas seperti biasa. Laporan polis sudah dibuat. Tapi setahun berlalu, dia seperti tiada apa. Relax saja. Sedangkan saya? Didalam traauma.

Tiada siapa yang tahu, betapa tertekan nya hidup saya. Mahu bercerita pada keluarga? Jauh sekali.

Hasilnya, saya d3pr3ssi. Berkali kali saya cuba menahan diri dari memukul anak anak bila saya diasak dengan tekanan. Saya kasihan kan anak anak. Sentiasa ditengking dan saya sentiasa tinggikan suara.

Bila anak anak buat hal, saya cuba isolate kan diri dan menahan diri dari melakukan apa apa yang memudaratkan anak anak. Saya berdoa semoga saya sentiasa diberikan kewarasan akal dan kesabaran yang tinggi.

Banyak kali juga saya terserempak dengan abang ipar. Di kedai runcit, di stesen minyak.

Melihat sahaja kelibat nya, dunia saya gelap. Terasa drah menderu naik ke kepala. Sehingga saya rasa paran0id untuk kemana mana. Bimbang terserempak lagi dengan abang ipar.

Rumah saya, ibu dan abang ipar adalah di dalam kawasan yang berdekatan. Malam ini saya menulis kerana memikirkan apa keadilan terhadap saya lepas setahun peritiwa itu berlalu.

Walaupon berkali saya memberitahu polis, abang ipar saya ada dirumah. Namun dia masih begitu.. Bebas.. Mungkin k3s saya ini tiada apa apa. Hanya melibatkan masalah keluarga.

Saya harap saya terus tabah dan diberikan kekuatan jiwa dan akal untuk menempuh dugaan hidup. Saya harap saya dapat mejadi ibu yang lebih baik buat anak anak saya. In shaa Allah.

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*