Bini Kerap Menjerit Nama Arwah Suaminya Bila Mimpi, Aku Pelik Bini Tiba2 Bagi Foto Arwah Suaminya, Tak Sangka Gambar Tersebut Buat Aku Terkejut!

Bila waktu tidur, bini sering mengigau dan menyebut nama aruwah suami dia. Mulanya aku buat tak endah. Tetapi makin kerap berlaku. Aku desak dia utk ceritakan perkara sebenar. Tiba2 bini keluarkan sekeping “gambar” aruwah. Allahu. Itu bkas suami dia..

Salam min. Tolong hide profile aku ye. Aku dah buntu sekarang ni. Aku lelaki berumur 31 tahun. Seorang peniaga kecil kecilan. Tak la kaya. Tapi boleh dikatakan hidup selesa. Mampu beli sebiji banglo kecil dan sebiji kereta buatan jepun secara tunai. Rumah tu tak la mahal sebab aku beli secara lelong.

Selain tu. Mampu la tanggung pelajaran adik2 & beri kehidupan yang lebih selesa kepada ibu bapa aku yang dah tua. Tapi. Ternyata aku kurang bernasib baik. Sudah beberapa kali percintaan aku putus di tengah jalan. Sehinggalah pada 2 tahun lepas, aku telah berkenalan dengan seorang wanita.

Biarlah aku namakan dia wana. Kali pertama bertentang mata, aku pun tak tau kenapa. Aku cukup tertarik dengan nya. Seorang wanita berperwatakan agak kasar tapi jangan salah faham ye. Bukan la tomboy. Cuma kurang feminin. Tapi ada daya tarikan tersendiri yang buatkan aku tertarik untuk mengenalinya lebih rapat. Mula2 nak kenal. Aku rasa macam aku ni yang terhegeh hegeh.

Tapi pada aku ok la. Sebab bagi aku, “hard to get, more value”. Setelah beberapa bulan mencuba, alhamdulillah. Akhirnya aku dapat mengenalinya lebih rapat. Wana seorang wanita yang mempunyai keperibadian yang cukup tinggi. Walaupun seorang wanita yang free hair, dia cukup menjaga batas2 pergaulan. Pakaiannya pun biasa saje. Tidak berlebih lebih. Cukup sekadar berbaju lengan panjang dan berseluar panjang atau skirt labuh.

Sesekali manis berkebaya atau berbaju kurung. Tidak pernah sekalipun berpakaian ketat dan menjolok mata. Bagiku itu jauh lebih sopan berbanding wanita bertudung tetapi berpakaian sendat atau singkat. Rambutnya pula tidak diwarnakan atau distylekan mengikut fesyen terkini. Cukup dibiarkan diikat atau disanggul rapi dan tidak pernah bersolek tebal. Mungkin itulah perkara yang buatkan aku tertarik dengannya. Bagi aku dia seorang yang natural & pure.

1 perkara yang buatkan aku kagum, dia tidak akan bersalam atau bersentuh dengan mana2 lelaki dan akan sentiasa menjaga jarak atau gap ketika berbual atau berurusan dengan mana2 lelaki. Dia juga seorang yang cukup menjaga solatnya. Sepanjang aku mengenalinya. Ternyata wana bukan la calang2 wanita. Seorang wanita yang cukup tabah dan cekal dalam mengharungi liku2 kehidupan.

Seorang wanita yang sangat kental dan berdikari. Seorang anak harapan keluarga yang sanggup korbankan masa depannya demi keluarga. Dan barulah aku tau. Wana merupakan ibu tunggal kepada sepasang kembar setelah kem*tian suami akibat kem4langan ketika sarat mengandungkan sikembar. Kini sikembar baru berusia 5 tahun.

Pada awal perhubungan kami dan pertama kali membawa wana dan anak2nya berjumpa keluargaku. Ibubapa ku seakan tidak merestui perhubungan kami bila mengetahui status wana iaitu ibu tunggal beranak 2. Tetapi wana cukup bijak mengambil hati kedua dua mereka. Di samping sikapnya yang pandai mengambil hati ke2 orang tua ku, wana pandai membawa diri sehingga adik beradik ku cukup menyenanginya.

Apatah lagi dengan kehadiran sikembar yang sangat comel, bijak dan petah bercakap. Satu lagi kelebihan wana. Dia cukup pandai memasak dan hasil air tangannya la telah berjaya memikat hati ibu bapaku. Alhamdulillah. Perlahan lahan ibu bapaku mula menerima wana dan merestui perhubungan kami. Dipendekkan cerita.

Akhirnya kami disatukan dalam 1 majlis yang sederhana. Dari seorang “menantu bukan pilihan” menjadi menantu kesayangan ibu bapaku. Sewaktu majlis, ibuku paling gembira. Ayahku juga juga kelihatan sangat bahagia melihat aku telah menjadi suami orang. Aku sangat2 mencintai wana, isteri ku. Dan juga sayangkan anak2 tiriku.

Aku benar2 ikhlas menerima mereka dan merekalah nyawaku. Aku sangat2 bahagia dengan perkahwinan ini. Dan alhamdulillah. Setelah di nasihat, wana telah mula memakai tudung. Tapi. Ternyata 1 kenyataan pahit yang harus aku terima. Isteriku masih belum mampu melupakan 4rwah suaminya. Bayangkan lah perasaan aku. Bila sewaktu tidur wana sering mengigau dan menyebut nama 4rwah.

Pada mulanya aku ada bertanya. Tapi setiap kali aku bertanya, wana cuma diam atau terus mengubah topik. Tetapi apabila semakin kerap wana menyebut nama 4rwah ketika tidur, aku mula mendesak. Dalam linangan airmata, wana mengaku. Dia masih ingat dan selalu terbayangkan 4rwah. Dan malam itu juga. Hatiku benar2 tersiat bagai dihiris sembilu.

Hancur berkecai bila wana mengaku. Antara sebab dia menerima cintaku, adalah kerana wajah, senyuman, sikap dan cara percakapan ku hampir sama dengan 4rwah. Buat pertama kalinya, aku melihat gambar 4rwah dan ya aku mengaku raut wajah kami agak seiras aku kecewa wanita yang aku cintai sepenuh hatiku seolah olah menganggap aku sebagai tempat melepas rindu pada orang lain.

Aku pula seolah olah memeluk bayang. Kerana hatinya bukanlah milik ku. Wana berjanji dan minta diberikan masa untuk dia diberikan masa untuk benar2 melupakan arwah. Dia mengaku. Cintanya pada 4rwah sangat mendalam.

Cinta pertama yang sangat indah dan membahagiakan 4rwah hadir saat dia benar2 memerlukwana berjanji dan minta diberikan masa untuk dia diberikan masa untuk benar2 melupakan 4rwah. Dia mengaku. Cintanya pada 4rwah sangat mendalam.

Cinta pertama yang sangat indah dan membahagiakan. 4rwah hadir saat dia benar2 memerlukan tetapi pergi meningg*lkannya tanpa disangka. Sekarang ni aku betul2 tidak tahu apa yang aku harus lakukan. Tidak mungkin aku mampu membuang kenangan 4rwah dalam hidupnya. Selain mempunyai anak bersama arwah, wana juga mengusahakan perniagaan tinggalan 4rwah.

4rwah juga mewariskan beberapa biji rumah flat kos rendah kepadanya yang kini disewakan. Seringkali juga aku seolah olah dihasut syaitan supaya membenci anak2 tiriku. Kerana mereka lah wana tidak mampu melupakan 4rwah. Tetapi setiap kali perasaan itu muncul, aku cepat2 beristighfar dan memeluk anak2 tiriku.

Pernah sekali aku memeluk dan membelai mereka sambil berlinang air mata sehingga mereka sangat hairan melihat ku. Tetapi aku benar2 bimbang. Bagaimana sekiranya aku termakan hasutan sy*itan dan mula membenci anak2 tiriku? Tidak mungkin untuk kami berpisah. Selain usia perkahwinan baru menjangkau 4 bulan, aku masih sangat sayangkan mereka.

Begitu juga kedua dua ibu bapakan yang sangat sayangkan wana & anak2nya hingga anak2nya telah dianggap macam cucu sendiri. Dayuskah aku membiarkan isteri aku mencintai orang lain walaupun orang yang sudah mennggal dunia? Apakah yang harus aku lakukan supaya wana mencintaiku tanpa dibayangi 4rwah. Aku benar2 buntu dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan.

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*