Alhamdulillah, Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Berbaik Semula, Tak Sangka Ini Sebabnya

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof mungkin masih belum bertemu titik noktah.

Namun perkongsian terbaharu pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menarik perhatian pengikutnya apabila menyifatkan hubungannya dengan Syamsul kini tidak lebih daripada sebagai seorang kawan.

Apa menarik perhatian, Puteri Sarah turut berterima kasih kepada pengarah itu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak ketika dia berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

“Kita dah kawan baik kan Syamsul… Terima kasih luangkan masa dengan anak-anak masa saya dekat Jakarta,” katanya.

348463541_258698440051854_7420716496126814641_n (1)

Sarah anggap Syamsul sebagai kawan baik.

Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Khamis.

Menerusi hantaran sama, pelakon itu turut memuat naik paparan skrin daripada sebuah portal yang menyiarkan artikel bertajuk “Nak berbaik demi anak-anak – Puteri Sarah”.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu pada 18 April lalu.

Pada 25 Mei lalu, mahkamah mendapati perkahwinan di antara mereka sudah tidak dapat diselamatkan selepas wujud shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Kes perceraian mereka akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun ini.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*