BAHARU sembilan bulan mendirikan rumah tangga, ikatan perkahwinan Along Cham dan isteri iaitu Afreena Suhaimi bakal berakhir apabila pelawak itu mengesahkan akan memfailkan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor dalam masa terdekat.
Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nazimudin Ahmad, 42, dia melakukan pengesahan itu selepas Afreena didakwa melanggar tiga perjanjian sebelum ini.
Antara taklik yang dilanggar Afreena ialah tidak patuh dan menipu suami.
Along belum bersedia kongsi kisah sepenuhnya.
“Ya, saya akan failkan dan pengesahan lafaz taklik terhadap isteri. Memang mengejutkan semua dan semua ibarat drama yang ada plot twist.
“Sebelum ke mahkamah untuk failkan pengesahan itu, saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan saya yang masih dalam simpanan mak lampir (gelaran kepada Afreena).
“Dia langgar taklik itu beberapa bulan yang lalu iaitu pada tahun lepas. Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab semuanya masih belum selesai,” katanya kepada mStar.
Along berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Selasa.
Along yang pada awalnya mahu memfailkan lafaz taklik di mahkamah berkenaan gagal apabila dia diarahkan untuk melakukannya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
“Saya kena fail di Sepang sebab alamat rumah saya di daerah sana,” ujarnya.
Dalam pada itu, Along turut mendedahkan dia sepatutnya memfailkan perkara tersebut pada 16 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun prosesnya terbantut apabila dia ditahan pihak polis atas tuduhan memiliki dadah, dua hari sebelumnya.
Saya sampai tahap sudah habis sayang rumah tangga saya.
ALONG CHAM
PELAWAK
“Sepatutnya saya nak fail pada 16 Disember lalu tetapi malangnya saya ditahan pihak polis pada 14 Disember (2024).
“Jadi, ini adalah tindakan pertama saya lakukan selepas keluar dari madrasah (penjara) semalam,” ujarnya.
Ditanya adakah orang ketiga menjadi punca wujudnya konflik itu, Along tidak menafikan perkara tersebut.
“Saya sampai tahap sudah habis sayang rumah tangga saya. Saya juga sudah beri peluang dan mengejutkan dia tetap langgar, saya tak sangka.
Along hadir ke mahkamah bersama anak dan ibu tercinta.
“Mengenai kecurangan isteri, saya tak boleh buat huraian, tapi orang ketiga itu memang wujud. Cuma, ini bukan ke arah curang. Banyak kali dan macam-macam dia buat dekat belakang saya,” katanya.
Untuk info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreena pada 4 April tahun lalu selepas sembilan tahun menduda.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply