Ambil foto bersama Che Ta, netizen terkejut tengok wajah sebenar Fathia Latiff!

KELIBAT pelakon Fathia Latiff ketika menghadiri ke acara rumah terbuka kenalannya baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Netizen meluahkan rasa pelik dengan wajah Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latif, 37, yang kelihatan bengkak dan lebih berusia berbanding umur sebenar.

Malah ada membandingkan wajah pelakon itu dengan Rozita Che Wan ketika mereka mengambil gambar bersama.

fathia 123

Netizen terkerjut dengan wajah sebenar Fathia.

Dalam video tersebut, Fathia mengenakan baju berwarna beige sambil tersenyum ketika berdiri di belakang Rozita untuk mengambil gambar.

Pada awalnya ramai tidak perasan wanita tersebut adalah Fathia kerana wajahnya kelihatan cukup berbeza.

Menjengah ke ruang komen, ramai terkejut melihat wajah sebenar aktres itu kerana sebelum ini Fathia menggunakan filter di laman sosial miliknya.

“Dia salah buat muka, terlalu ubah-ubah. Itu yang selalu guna filter untuk tutup.

“Terkejut tengok muka Fathia, keras kejung senyuman macam buat botoks. Fathia nampak macam makcik Che Ta, nampak tua sangat,” antara komen netizen.

Sejak Januari lalu, Fathia menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi.

Ini termasuk menyamakan wajah aktres Zahirah seperti pembantu rumah.

fathia 11111

Antara komen yang ditinggalkan netizen di selepas melihat Fathia.

Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga suami kepada Zahirah.

Dalam beberapa siri luahan, Fathia mendakwa Aiman masih menyayanginya dan meminta pelakon itu memohon maaf.

Fathia turut ‘berperang’ mulut dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*