Anak Bongsu Kepada Penyanyi Allahyarham Jay Jay Cerita Hasrat Terakhir Arwah Yang Tidak Kesampaian

ANAK bongsu kepada penyanyi Allahyarham Jay Jay iaitu Nur Kamelia Mohd Fauzi memberitahu arwah bapanya ada menyatakan hasrat mahu membeli sebuah kereta baharu sejurus keluar daripada hospital.

Kamelia, 28, bagaimanapun berkata ketika itu dia hanya melayani kerenah bapanya yang terlantar di katil hospital, namun sama sekali tidak menyangka bapanya akan pergi seawal itu.

“Tiada pesanan terperinci tapi dia sempat serahkan tanggungjawab menjaga ibu kepada saya.

jay jay 55

Jenazah Allahyarham Jay Jay sebelum dikebumikan.

“Dia pernah luah ingin beli kereta Volvo bila keluar hospital. Kita sebagai anak layankan saja,” katanya kepada mStar.

Kamelia berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Al Husna Bandar Sunway, Petaling Jaya bagi pengurusan jenazah.

Berkongsi keadaan bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir, Kamelia berkata Jay Jay kurang bercakap selepas diserang dua kali strok.

“Keadaan ayah semakin teruk selepas pembedahan jantung (bypass) kerana berlaku kegagalam pada beberapa bahagian organ dalaman.

“Ayah sepatutnya dibenarkan pulang minggu lepas tapi ada jangkitan kuman dalam air kencing. Selepas itu organ lain pula mengalami kerosakan.

“Ayah juga mengalami dua kali serangan strok. Disebabkan itu ayah jadi kurang bercakap, tetapi saya puji kecekalan semangatnya untuk berjuang melawan sakitnya,” luahnya.

TOP jayjay - 1

Lagu-lagu nyanyian Jay Jay akan terus dikenang.

Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham disahkan meninggalkan dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 9.27 malam Ahad.

Allahyarham meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor sebelum solat Zohor.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*