Tak ‘Backup’ Adik Jadi Penyondol, Ayda Jebat Minta Soalan Cerai-Berai Diajukan Kepada Tuan Badan Sendiri

Amalan poligami atau seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang wanita bukan perkara asing lagi di negara ini.

Bagaimanapun ia sebenarnya perlu dilihat daripada sudut tanggungjawab bukan nafsu semata-mata, malahan setiap lelaki perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya mahu memulakan hidup berpoligami.

Hal ini kerana ia mungkin akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan perbalahan sehingga menyebabkan kesengsaraan dalam institusi keluarga.

Tambahan pula, setiap lelaki perlu memahami urusan poligami sebaik mungkin dan bukan sekadar ingin beristeri lebih daripada satu, kerana perlu diingat ada ketikanya ia boleh meninggalkan sengsara kepada mana-mana isteri.

Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan keruntuhan perkahwinan bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat sejak awal tahun ini dilaporkan sudah terlerai.

Perkembangan itu disahkan saudara terdekat Zainal yang memberitahu pasangan itu bercerai sejak dua minggu lalu. Menurutnya, punca perceraian pasangan itu disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.

Meskipun, perkhabaran itu menjadi kecoh sehingga ada yang mengecam pihak tertentu namun, kakak kepada kepada penyanyi terbabit yang terkenal dengan lagu “Pencuri Hati” tampil tenang selepas disoal mengenai rumah tangga adiknya itu.

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat meluahkan dia enggan masuk campur isu rumah tangga adiknya, Fyna Jebat yang dikatakan sudah bercerai dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Sebagai kakak, penyanyi juga pelakon Ayda Jebat pastinya ingin mempertahankan tindakan terus berada di sisi Fyna sebagai ukuran kepada sokongan atau ‘membenarkan’ segala tindak-tanduk adiknya itu, sebaliknya dibuat atas dasar tanggungjawab saat ahli keluarga berdepan dugaan.

Memetik sebuah laporan berita, Ayda yang dihubungi menerusi mesej aplikasi WhatsApp meminta pihak media tidak bertanyakan perkara itu (cerai) kepadanya.

“Jangan tanya saya. Tanya tuan badan. Penat nak menjawab. Asal kes mereka saja, saya yang dicari,” katanya.

Terdahulu, Fyna sendiri mengesahkan dia sudah berkahwin dengan Zainal pada Januari lalu dan menjadi isteri kedua. Namun, butiran lanjut perkahwinan tidak didedahkan kepada umum.

Sejak berita pernikahan mereka tersebar dan kemudian disahkan Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat sekitar tiga minggu lalu, kakaknya yang lebih banyak menjawab persoalan media.

Sementara itu, Fyna memaklumkan dia sangat beruntung mempunyai kakak seperti Ayda yang sering bersuara bagi pihaknya jika berlaku sebarang insiden.

Akui Ayda, dia sering menasihatkan Fyna terus cekal apabila dihambat dengan kontroversi selain menjadikan ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

“Bagi saya, ini adalah asam garam sebagai artis dan dia pun tidak mahu menghadapi semua perkara yang meraih perhatian sebegini sejak dahulu lagi.

Dalam pada itu, Ayda dikhabarkan akan tetap berada di samping Fyna memandangkan adiknya tidak biasa dengan isu tular yang telah terjadi pada dirinya.

Katanya, dia akan terus menjadi pembimbimg adiknya itu yang dirasakan belum lagi memahami sepak terajang industri hiburan dengan mendalam.

Sebagai rekod, Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*