Pelawak Dan Pengarah Veteran, AR Badul Nafi Kahwin Lagi Dengan Pelakon, Annie Arifin

Aktor veteran ini menafikan gosip yang bertebaran di media sosial mengatakan dia telah berkahwin buat kali ketujuh dengan pasangan terbaru iaitu pelakon, Annie Arifin.

AR Badul menafikan gosip yang menyebut bahawa dia telah berkahwin dengan Annie (kiri) – Gambar dari Instagram

 

Pelakon dan pengarah veteran, AR Badul, 73, menafikan gosip yang sedang bertebaran di media sosial mendakwa dia telah berkahwin buat kali ketujuh dengan pasangan terbaru iaitu  pelakon, Annie Arifin.

AR Badul sewaktu ditemui pada sidang media tayangan perdana filem arahannya iaitu Vik2ria Secret malam tadi berkata, sebelum ini pernah timbul gosip yang mengatakan Annie adalah anaknya.

“Dunia sekarang penuh dengan fitnah. Umur saya pun sudah 73 tahun. Takkanlah saya masih tak sedar diri lagi. Lebih baik dia cari lelaki yang lebih baik daripada saya,” katanya.

AR Badul menegaskan dia bahagia bersama isterinya, Maizatul, yang juga seorang jururawat.
AR Badul menegaskan dia bahagia bersama isterinya, Maizatul, yang juga seorang jururawat.

Ditanya adakah dia kesal kerana di usia sebegini, masih timbul gosip yang mengaitkannya dengan wanita, kata Badul sebagai seorang selebriti, gosip adalah perkara biasa dalam hidupnya.

“Selagi anda bergelar seorang artis, anda kena terimalah semua ini. Tetapi satu yang bagus pada zaman sekarang ini adalah, kita boleh beri respon dengan cepat. Dulu ada kes mengatakan saya sudah meninggal dunia. Saya terpaksa pergi balai polis untuk beritahu saya sebenarnya masih hidup. Saudara mara datang dari jauh ingatkan saya betul-betul sudah meninggal,” kongsinya.

Filem Vik2ria Secret yang turut dibintangi oleh Annie sebagai pelakon utama bakal menemui penonton di pawagam pada 15 Jun ini, ditanya adakah gosip yang timbul ini adalah salah satu gimik untuk mempromosikan filem ini, kata Badul penonton sekarang tidak lagi bodoh seperti dulu.

“Sekarang orang kita dah bijak. Kalau perkara itu hanya gimik atau lakonan, mereka boleh tahu. Contohnya buat-buat bergaduh di kedai makan untuk lariskan kedai. Benda-benda seperti ini (gimik) hanya boleh dilakukan sekali dua sahaja. Lama-lama dah tak menjadi,” katanya.

Anak kepada legenda Allahyarham AR Tompel ini berkata dia masih setia dan bahagia bersama isterinya iaitu Maizatul yang merupakan seorang jururawat yang dinikahinya lebih 10 tahun lalu.

“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang bertugas sebagai jururawat. Ketika saya sakit jantung dulu, dia yang menjaga saya. Ketika itu membuatkan saya sedar dan insaf. Tak nak ligat lagi,” katanya.

Sumber BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*