Sedia maklum, awal bulan lalu, platform media dikejutkan dengan khabar berita mengenai usahawan kosmetik, Hana Azraa kembali rujuk semula dengan bekas suami, pendakwah bebas PU Abu sejak bulan Ramadan.
Menjelaskan secara lanjut hidup berpoligami, PU Abu mendedahkan dirinya kini sangat bahagia dapat hidup bersama dengan kedua-dua isteri tercinta.
Bahkan, dirinya turut berasa bangga dan syukur kerana mampu menyara kelima-lima anaknya yang berusia antara empat bulan hingga tujuh tahun.
Saya ada dua isteri sekarang. Isteri pertama sudah lama saya rujuk semula. Isteri pertama, Ain Afini, manakala isteri kedua ialah Hana Azraa.
Dalam pada itu, PU Syed turut memberitahu bahawa dia belum mempunyai kesempatan untuk beraya bersama kedua-dua isteri sekaligus disebabkan kerap berada di tanah suci atas urusan kerja.
Apabila ditanyakan tips berpoligami, pendakwah tersebut berkata kesabaran adalah kunci kebahagian sesebuah keluarga, lagi-lagi buat suami kerana merupakan pemimpin bahtera rumah tangga.
Dalam pada masa yang sama, PU Abu turut memohon doa daripada orang ramai agar rumah tangga kedua-duanya kekal bahagia serta dijauhkan daripada kontroversi.
Sekadar info, sebelum ini PU Abu pernah menceraikan isteri pertama sewaktu wanita tersebut sedang sarat hamil hanya melalui aplikasi WhatsApp. Isteri pertama, Ain turut memaklumkan bahawa suaminya minta untuk dia setuju berpoligami selepas dua bulan bernikah.
Sumber BHN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply