View Chin Dedah Dah Lama Cerai Rupanya, Ini Yang Dia Bakal Lakukan Dengan Mira!

Pempengaruh TikTok, View Chin mengaku bersedia memeluk agama Islam sekali gus menikahi pekerjanya Amirah Aqilah selepas bekas isteri lelaki itu mendedahkan kedua-duanya mempunyai hubungan sulit.

Akan berkahwin bila situasi reda

Menurut laporan eksklusif Kosmo!, View Chin mendedahkan, dia sedang mendekatkan diri dengan agama Islam dan merancang untuk ‘menghalalkan’ Amirah atau mesra dipanggil Mira tidak lama lagi.

Selalu Hantar Gambar Dada” – Influencer Terkenal, View Chin Kantoi Ada  Hubungan Sulit Dengan Staff Sendiri | Oh! Media

“Buat masa ini saya ingin uruskan masalah saya dengan Ah Moi (bekas isteri) dan apabila perkara ini sudah setel (selesai) dan kembali se­perti sedia kala, saya akan me­ngahwini Mira.
“Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu.
“Ya, memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali (Indonesia) sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu,” katanya.

Bukan sekadar pekerja, Mira juga pendengar setia

Pengasas View Fashion itu berkata, dia sudah lama berniat untuk memperisterikan Mira apatah lagi selepas menge­tahui kecurangan bekas isteri sejak tiga tahun lalu.

Bercerita lanjut, View Chin menyifatkan Mira adalah teman baiknya malah sering berkongsi pelbagai perkara termasuk meluahkan soal peribadi.

“Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi, tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh menerima anak-anak saya.
“Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segalanya kepada Mira,” ujarnya.

Seorang Lagi Bekas Staf View Chin Dedah Perangai Buruk Mira, Tak Boleh  Orang Lain Lebih – “Acah

Dah berpisah dengan Ah Moi empat bulan lepas

Mengulas tentang penceraian, View Chin berkata hubungannya bersama Ah Moi sudah berakhir sejak Disember tahun lalu dan mengambil keputusan untuk berdiam sebelum ini kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka.

“Ah Moi masih lagi ‘lady boss’ dan begitu juga Mira rakan kongsi saya di syarikat tersebut, namun kedudukan Ah Moi dalam syarikat akan saya tentukan selepas ini sekiranya dia mengambil sebarang tindakan termasuk undang-undang.
“Mira banyak uruskan syarikat bersama saya selama ini, dari uruskan ‘live’ di TikTok sehinggalah urusan marketing dan sebagainya.
“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuklah keluar­ganya yang turut terpalit,” kongsinya.

Tindakan undang-undang kalau dihalang jumpa anak

Isteri dedah bukti dipukul influencer terkenal, View Chin

Tambahnya, dia belum mengambil sebarang undang-undang terhadap bekas isteri namun akan bertindak sekiranya dihalang daripada bertemu anak-anak.

Terdahulu, nama View Chin dan Mira menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas Ah Moi mendedahkan bekas suaminya berlaku curang dengan salah seorang pekerja mereka.

Sumber: Kosmo! (Ahmad Shaherman Shamsuri & Nurul Irdina Sumali), Instagram View Chin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*