BALU kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak suaminya itu meninggal dunia.
Menurut Hidayah atau Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, perbuatan sihir itu turut terkena kepada anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun.
“Saya terkena sihir sejak suami meninggal sehingga sekarang,” katanya.
Hidayah berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, Hidayah memohon bantuan orang ramai agar dapat membantunya mencari pakar dalam perubatan Islam bagi merawat dia dan anaknya.
“Saya minta tolong kepada sesiapa yang kenal pakar perubatan Islam, ustaz atau sesiapa yang yang ada kepandaian merawat penyakit mistik di sihir.
Hidayah dakwa tanggung derita sihir sejak pemergian arwah Abam.
“Tolong bantu rawat penyakit saya dan Hamzah yang terkena sihir,” jelasnya.
Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply