Bapa Bayi Yang Dibekukan 16 Hari Akhirnya Cerita Panjang Lebar Kejadian Sebenar!

Bapa kepada bayi yang disimpan dalam peti sejuk selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta, Safwan Roshdy mendedahkan pengalaman tragis mengenai kejadian itu.

Menurut laporan Harian Metro, perkara Ini terjadi selepas dirinya tidak mampu untik menjelaskan bil hospital dengan segera.

Menurut Safwan lagi, isterinya bersalin di hospital swasta secara tidak dirancang setelah ada individu yang menghantar isterinya yang sedang sakit ke hospital itu.

Ketika itu, dia sedang bekerja di Shah Alam dan bergegas pulang selepas menerima berita isterinya bakal bersalin.

Bayi dilahirkan tanpa organ sempurna

Safwan diberitahu bahawa bayi mereka tidak sempurna, lahir tanpa hidung dan lubang dubur. Walau bagaimanapun, dia menerima ketentuan Allah dengan tabah.

Bayi saya lahir dengan selamat, sempat menangis dan aktif semasa iqamatkan, tetapi kemudian diberitahu meninggal akibat kesukaran bernafas.

Beliau memohon untuk menguruskan jenazah bayinya tetapi pihak hospital tidak membenarkan kerana bil hospital masih belum dilangsaikan.

Nafi dakwaan tidak berkahwin

Dalam kenyataan lain, pihak hospital mendakwa Safwan dan isterinya tidak berkahwin serta enggan menuntut jenazah.

Namun, Safwan menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan yang isterinya tidak memiliki ‘buku pink’ kerana mereka tidak mampu mendapatkan rawatan berkala di hospital.

Keadaan bertambah rumit apabila Safwan perlu meminta bantuan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) untuk menyelesaikan urusan pengebumian anaknya.

Dia turut menyatakan bahawa keadaan isterinya kini sangat tidak stabil akibat tekanan emosi yang teruk.

Kisah ini mengingatkan kita tentang kepentingan sistem sokongan yang lebih baik untuk keluarga kurang berkemampuan. Hospital sepatutnya mempertimbang keadaan kewangan pesakit dengan lebih empati, terutama dalam kes melibatkan kematian bayi. Kita juga perlu lebih berlapang dada sebelum membuat tuduhan terhadap orang lain.

Sumber OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*