JASIN – Keluarga kepada suspek pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, menerima seadanya ujian yang sedang melanda mereka sekeluarga.
Bapa suspek berusia 64 tahun, berkata, apa yang salah tetap salah dan anaknya perlu menerima hukuman jika benar dia bersalah meskipun berat untuk mereka sekeluarga menerimanya.
Menurutnya, suspek yang telah empat tahun berkhidmat sebagai anggota polis merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab selain menjadi anak harapan keluarga memandangkan dalam adik-beradiknya, dia dan seorang lagi kakaknya yang bekerja dalam kerajaan.
Katanya, suspek yang sedang bercuti sejak Rabu lepas hingga Rabu ini datang ke rumahnya di Sungai Rambai pada Khamis lalu sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang ke balai dia bertugas.
“Ketika itu dia tak banyak bercakap dan kelihatan sugul sebelum bergerak pulang.
“Apa pun saya terima seadanya, kalau apa-apa yang terjadi ini kehendak takdir ALLAH, saya percaya pada takdir ALLAH,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai di sini pada Selasa.
Bagaimanapun dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.
Lapor Malaysia Gazette lagi, warga emas itu dia tahu, anaknya yang mempunyai isteri dan seorang bayi berusia lapan bulan sudah lama berkawan dengan Nur Farah Kartini sejak wanita itu masih belajar sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Waktu balik di sini pun, kalau ada orang nak sewa kereta, memang wanita itu akan memaklumkannya kepada anak saya tapi saya tak tahu pula sejauh mana mereka berkawan.
Namun, bapa suspek tidak pasti sejauh mana mereka berkawan kerana hanya mengetahui Farah menguruskan kereta sewa.
Jelas bapa, anaknya itu merupakan harapan keluarga sejak menjadi polis lebih 4 tahun lalu. Beliau berharap netizen tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan mereka sekeluarga.
“Silap anak saya, dia tidak membuat laporan polis bila diugut dan mengambil tindakan sendiri,” katanya sebak.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.
Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.
Mayat mangsa yang dipercayai dibunuh individu dikenali ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.
Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply