Bella Dituduh Rupanya Sudah ‘Plan’ Tangkap Aliff Aziz Dan Ruhainies, Tak Sangka Ini Jawapan Bella!

WUJUD spekulasi mendakwa pelakon Bella Astillah sendiri yang membuat perancangan menangkap suaminya iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Tampil menjawab dakwaan itu, Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berkata pada malam itu dia sendiri terkejut apabila mendapat maklumat mengenai tangkapan tersebut.

“Semua tahu saya baik dengan pelakon perempuan itu (Ruhainies).

“Kenapa pula saya merancang untuk menangkap mereka? Saya sendiri terkejut (ditangkap khalwat) itu,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan program Melodi pada Ahad.

Untitled design (53)

Bella kini reda berdepan ujian dan memilih untuk terus move on.

Enggan ambil pusing dengan kata-kata netizen itu, Bella berkata dia kini reda berdepan ujian dan memilih untuk terus move on.

“Tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi.

“Sekarang ini saya fokus untuk move on saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan dia pernah dihubungi oleh seseorang yang ingin memberikan maklumat mengenai Aliff.

“Saya dah berjumpa dan ambil nombor telefon dia.

“Dia dah lama nak cari dan hubungi saya, tapi saya yang tak berkesempatan sebab terlalu sibuk,” ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

553 (3)

Ruhainies dan Aliff ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Pada Isnin lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan pada Rabu lalu ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Sementara itu, pada Khamis lalu, Aliff dan Ruhainies tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap selain kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*