KEMELUT rumah tangga yang sedang dilalui sama sekali tidak mengubah pendirian dan perasaan cinta pelakon Fattah Amin terhadap isterinya iaitu Nur Fazura.
Kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia masih menyayangi isterinya itu dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2017.
“Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Saya masih berpegang dengan kenyataan saya sebelum ini iaitu masih sayangkan Fazura. Tidak terjadi lafaz talak (terhadap Fazura),” katanya kepada mStar.
Sebutan kedua kes cerai pasangan ini ditangguhkan pada 7 Oktober depan.
Fattah memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding perceraian yang difailkan Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Selangor pada Rabu.
Penceraian itu bagaimanapun tidak berlaku dan sebutan semula akan berlangsung pada 7 Oktober depan.
Dalam pada itu, Fattah mengakui kemelut rumah tangganya itu turut memberikan terhadap dirinya terutama hal kerja.
“Saya ada perasaan dan bukannya robot, pasti terganggu itu saja boleh cakap, “katanya.
Sementara itu, peguam mewakili Fattah iaitu Zulkifli Che Yong memaklumkan pasangan suami isteri ini masih belum bersetuju untuk bercerai secara baik kerana perlu memuktamadkan beberapa perkara.
“Apa yang saya boleh nyatakan bahawa mereka berdua belum bersetuju untuk bercerai secara baik kerana sedang memuktamadkan beberapa terma-terma bagi menyelesaikan secara baik berkenaan isu berkaitan semasa perkahwinan.
“Perkara ini perlu diselesaikan secara baik supaya mereka tidak memanjangkan lagi apa yang belum selesai,” ujarnya.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply