Berharap Timang Anak Kedua, Nabila Huda Kerja Keras Untuk Hamil!

MESKIPUN usia sudah mencecah 40 tahun, pelakon Nabila Huda tetap tidak putus asa dan berusaha mendapatkan zuriat hasil perkahwinan bersama Mohd Izwan Johar.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi berkata, dia telah berusaha melakukan pelbagai cara dan saranan pakar antaranya menjaga pemakanan dan mengambil suplemen.

I Want More Kids, Kenapa Susah Sangat Eh…” – Usia Menginjak 40 Tahun, Nabila  Huda Tak Putus

Mahu mendapatkan anak secara semula jadi, Nabila atau Abil berkata dia tidak merancang untuk melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kerana doktor mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil.

“Saya memang nak zuriat. Sudah sembilan tahun tunggu. Tak tahu kenapa susah sangat (dapat anak) tapi saya percaya ini semua rezeki. Sepanjang sembilan tahun saya banyak dah usaha. Tahun ini akan lebih jaga makan dan ambil suplemen.

Dat Lil Tummy!" - Peminat Speku Nabila Huda Hamil? | Gempak

“Saya ada buat rawatan kesihatan dan runding dengan doktor, tapi katanya saya memang tiada masalah. Doktor pun cakap yang saya masih belum ada rezeki. Tapi kami sangat bersabar dan tidak pernah rasa tertekan.

“Untuk rawatan IVF, bukan masanya lagi dan kalau boleh (saya) nak elakkan daripada buat IVF sebab saya pernah ada anak. Ruang itu sudah ada cuma belum ada rezeki lagi,” katanya kepada mStar.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*