Berniaga tepi jalan dikatakan tiada standard… Faye Kusairi tak malu..ini sebabnya!

PELAKON Faye Kusairi mengakui tidak pernah berasa malu berniaga dan membuka gerai nasi ayam di tepi jalan.

Selepas menceburi bidang perniagaan, Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 37, berkata dia mempelajari banyak perkara positif daripada pelanggan dan orang ramai.

“Menjaja tepi jalan tak ada standard. Tak malu ke niaga tepi jalan? Chill la… cetek sangat pemikiran tu.

Copy of Untitled - 2024-05-20T132156.447

Faye menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

“Bila saya berniaga macam ini dapat kenali masyarakat dengan lebih baik, ramai betul orang yang baik-baik belaka, yang sentiasa bersedekah.

“Banyak perkara saya pelajari, hampir kesemunya mendorong ke arah yang lebih positif,” jelasnya dalam satu hantaran di Instagram.

Meskipun ada segelintir netizen melemparkan kecaman, namun Faye mengabaikan kritikan tersebut dan tetap fokus terhadap perniagaan yang diusahakannya sejak enam bulan lalu.

“Walaupun adalah yang ‘sour’.. yet still impak positif itu terlalu overwhelming.

“Alhamdulillah… nak masuk 6 bulan dan saya masih disini. Fokus menjaga perniagaan dan layan pelanggan saya dengan baik,” ujarnya.

Bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu, Faye berkata dia kini memilih untuk kekal positif dan mahu berusaha menjadi individu lebih baik.

Copy of Untitled - 2024-05-20T132459.655

Faye menerima setiap rezeki yang ditentukan buat dirinya.

“Saya terima dengan hati yang ikhlas dan reda. Hanya Allah SWT yg tentukan perjalanan saya dan saya tetap akan sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik,” jelasnya.

Sebelum ini, Faye pernah menjadi bualan hangat ramai kerana berniaga nasi ayam di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur selepas lama menyepi daripada dunia lakonan.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*