Walimatulurus Shuib, Watie Dapat Tajaan Sebanyak INi!

Pelawak dan penyampai radio, Shuib menyatakan bakal mengadakan tiga majlis untuk meraikan bersama pilihan hati, Watie Hanifiah pada 23 Jun ini.

Pelamin ada untuk bergambar

Ketika ditemui OhBulan!, Shuib dan Watie sepakat untuk tidak mengadakan majlis resepsi. Namun, pelakon berumur 39 tahun tetap menghargai Watie memandangkan ini adalah perkahwinannya yang pertama.

Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.

Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga.

Shuib berkata demikian ketika sidang media Walimatulurus Shuib & Watie yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, pada Rabu.

Tajaan cecah jutaan

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhamad bersyukur apabila hari bahagia mereka mendapat tajaan hampir 2 juta termasuk perhiasan barang kemas.

Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.

Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga.

Majlis itu akan berlangsung di Putra Glass House, Putra Height dan akan terhad kepada 600 tetamu. Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie yang akan ditayang bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Sumber BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*