Dua orang wanita yang merupakan bekas-bekas isteri kepada seorang lelaki yang sama tampil membuka mulut dan mendakwa mereka telah dianiaya bekas suami yang juga merupakan pempengaruh media sosial.
Menerusi beberapa hantaran di TikTok, wargamaya telah memuat naik tangkap layar siaran langsung daripada wanita tersebut yang dikenali sebagai Kak Nad dan Tyrah.
Bekas-bekas isteri dedah perangai ‘pelik’ suami
Menurut kedua-dua wanita tersebut yang membuat siaran langsung bersama-sama, Kak Nad merupakan isteri kedua kepada lelaki berkenaan.
Kak Nad mendakwa sebelum ini dia tinggal sebumbung dengan isteri pertama yang bernama Azreen dan suami mereka meminta melakukan pelbagai perkara yang tak terfikir dek akal.
Menurut Kak Nad, sepanjang duduk bersama dengan madu dan suami, mereka perlu tidur bertiga dalam satu bilik yang sama dan di atas katil yang sama.
Tidak cukup dengan itu, Kak Nad turut mendakwa dia pernah diarahkan untuk mandi bersama Azreen sambil ditonton oleh suami mereka.
Disebabkan perlu tidur bersama-sama, Kak Nad cuba mencari ketenangan dengan menunaikan solat namun dihalang oleh suaminya kerana dia dianggap hanyalah pelacur.
Bekas-bekas isteri
“Saya down sangat-sangat sebab kena tidur bersama. Selepas itu, bila nak bangun untuk sembahyang Subuh, dia tanya nak pergi mana? Saya jawablah nak pergi sembahyang.
“Dia kata, ‘Tak perlu sembahyang la, awak tu pelacur’. Suami sendiri sanggup panggil saya macam tu, kamu rasa macam mana? Tak gila ke saya? Dah lah kena tidur sekali,” katanya.
Disebabkan rasa sakit hati, Kak Nad tetap mahu menunaikan solat Subuh dan cuba bangun namun si suami pula berkeras menghalangnya dari menunaikan ibadah wajib itu.
Akibat berang dengan kedegilan Kak Nad, suaminya bangun dan menendang punggung wanita itu sebelum menariknya ke ruang tamu dan disuruh tidur di atas toto.
Suami berperangai ‘pelik’, bekas-bekas isteri pula expose
Selain itu, Kak Nad turut mendakwa selepas balik acara keagamaan, berlaku perselisihan faham mereka sehingga suaminya menjatuhkan lafaz taklik cerai talak tiga.
Rasa sakit hati menyebabkan Kak Nad melanggar taklik itu dan mereka telah bercerai talak tiga, namun suaminya tidak mahu melepaskan wanita itu kemudian memaksa Kak Nad untuk bersekedudukan.
Sementara itu, Tyrah merupakan isteri ketiga kepada lelaki yang sama namun tidak bertemu dengan Kak Nad kerana pada ketika itu dia telah pun melarikan diri.
Menurut Tyrah pula, dia lelaki berkenaan menipu dengan berkata dia masih lagi bujang disamping menyatakan dia baru sahaja sembuh dari masalah kegelisahan dan disihir bekas kekasih.
Selepas berkahwin dengan lelaki tersebut, akhirnya Tyrah menerima nasib yang sama seperti Kak Nad seperti mandi dan tidur bersama madunya.
Tidak tahan dengan penderaan itu, Tyrah cuba untuk melarikan diri namun tidak berjaya kerana madunya, Azreen sempat menghentikan cubaannya.
Pada ketika itu juga, Tyrah meminta untuk diceraikan lalu suaminya melafazkan cerai talak satu namun mahu wanita itu menghabiskan iddahnya di rumah lelaki itu.
Penat dianiaya, bekas-bekas isteri tampil buat pendedahan
Tidak cukup dengan itu, Tyrah yang juga sedang hamil pada masa itu diminta untuk menggugurkan anak mereka sekiranya tidak mahu rujuk kembali.
Oleh kerana tidak mahu menggugurkan anak itu, Tyrah bersetuju untuk mendaftarkan perkahwinan mereka dia pejabat agama kerana sebelum ini, mereka bernikah di Thailand.
Sebaik tiba di pejabat agama, Tyrah tidak melepaskan peluang untuk melarikan diri daripada lelaki berkenaan, walaupun semua dokumen pentingnya dipegang oleh si suami.
Walaupun berjaya melarikan diri, anak di dalam kandungannya tidak berjaya diselamatkan kerana sebelum ke pejabat agama, dia dipukul terlebih dahulu dengan bekas suami.
Untuk ringkasan, Kak Nad merupakan isteri kedua yang berkahwin dengan lelaki tersebut pada 2022 manakala Tyrah pula isteri ketiga yang bernikah pada 2023.
Manakala, menerusi tinjauan, isteri pertama iaitu Azreen masih lagi isteri kepada lelaki tersebut dan kini ditemani dengan madu yang baharu lagi.
Sumber OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply