Kawan Dedah Wajah Che Ta Tanpa Bulu Mata Palsu, Kecantikannya Dipuji Melambung, Kalah Anak Dara!

Rozita Che Wan yang popular dengan nama Che Ta pernah tular kerana mengenakan busana nan indah walhal hanya pergi ke pusat vaksin sahaja. Namun sebenarnya, sejak dahulu lagi aktres anggun berkenaan sudah dikenali sebagai wanita yang rajin berhias dengan solekan serta baju-baju vogue. Antara perkara paling menarik perhatian adalah penggunaan bulu mata palsu yang sememangnya menjadi trademark ‘wajib’ ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini.

Che Ta tanpa bulu mata

Sebenarnya agak jarang untuk kita melihatnya tampil dengan imej biasa apalagi tidak menggunakan bulu mata. Namun menerusi satu perkongsian daripada usahawan bernama Anas yang juga merupakan rakan rapat, nyatanya rakaman wajah Che Ta tanpa calitan makeup atau fake lashes menjadi tular.

Ya Allah macam anak daralah dia tak pakai bulu mata

Sambil mengenakan baju kurung dan tudung berwarna pink lembut, dia ternampak manis memberikan senyuman kepada si perakam. Dengan gelagat memegang pokok bunga sepertinya malu-malu kucing, Encik Anas Zahrin sempat memuji penampilan sahabatnya itu yang nampak persis anak dara. Sejak dimuat naik, rakaman pendek ini berjaya meraih ratusan ribu jumlah tontonan.

Lawa gila…Saya anak 5 pun jealous…Moga cantik tu turun kat saya sikit

Menjengah ke ruangan komen pula, netizen juga tidak putus-putus memberikan pujian dengan keayuan semula jadi milik Che Ta. Ada pula yang berseloroh semoga kecantikan artis ini boleh ‘menurun’ sedikit kepada mereka.

Sumber : TikTok ANAS

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*