Dakwaan Sengaja Gugurkan Kandungan Akhirnya Polis Masuk Campur Dan Beri Kenyataan Ini

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan dia tidak bersalah atas dakwaan suaminya sebelum ini yang mendakwa dia sengaja menggugurkan kandungan anak ketiganya, baru-baru ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Shuhada di laman Instagramnya dengan memberitahu segala tuduhan Hafidz terhadap dirinya adalah tidak benar memandangkan keputusan yang diberikan oleh pihak berkuasa selepas selesai melakukan siasatan.

Lambat beri kenyataan sebab beri laluan kepada siasatan

Menerusi perkongsian tersebut, Shuhada memaklumkan dia lewat memberi kenyataan kepada umum susulan isu keguguran tersebut kerana mahu memberi laluan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Hasil keputusan siasatan tersebut menunjukkan Shuhada tidak bersalah dengan segala laporan yang dibuat oleh bekas suaminya sebelum ini.

Hafidz tak pernah tanya mengenai kandungan, nafkah anak-anak pun lambat bagi

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meluahkan rasa kesal dengan sikap suaminya yang tidak pernah bertanya khabar mengenai kandungannya sebelum mengalami keguguran malah, sudah beberapa bulan tidak membayar nafkah anak-anak.

Shuhada keguguran disebabkan tekanan

Menceritakan pula mengenai dakwaan Hafidz yang tidak berpeluang untuk berjumpa dengan anak-anak, Shuhada memberitahu suaminya itu telah menghantar notis untuk jumpa dengan anak-anak ketika pejabat peguamnya sudah tutup kerana cuti raya.

Dalam pada itu, Shuhada menegaskan dia mengalami keguguran adalah disebabkan tekanan dan dia mempunyai bukti yang kukuh untuk perkara tersebut.

Shuhada terpaksa hadap drama bekas suami

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah hadir ke mahkamah untuk sebutan pengesahan lafaz cerai terhadap isteri di Mahkamah Syariah Shah Alam namun, terpaksa ditangguhkan 20 Jun nanti.

Sumber: Instagram @Nurul Shuhada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*