Moga Syamsul kembali ke jalan yang benar – Datin Patimah

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,” kata Datin Patimah Ismail ketika diminta mengulas berita anaknya, pengarah terkenal, Syamsul Yusof, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Kata Patimah, dia juga sangat bersyukur jika berita perceraian Syamsul dan Ira itu tepat seperti dilaporkan itu.

“Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar,” katanya kepada Harian Metro.

Alhamdulillah!"- Datin Patimah Luah Syukur Dengan Berita Perceraian Syamsul  Yusof Dan Ira Kazar - Murai MY

Pada masa sama, kata Patimah, dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku itu.

“Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Datuk Yusof Haslam pula enggan mengulas mengenai berita perceraian Syamsul dan Ira itu.

“Maaf, saya tidak tahu menahu sebab kami sudah putus hubungan (dengan Syamsul) sudah bertahun, begitu juga Datin (isteri). No komen (tiada komen),” katanya.

Terdahulu, Syamsul didakwa sudah memfailkan perceraian dengan Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Moga Syamsul kembali ke jalan yang benar - Datin Patimah

Sumber Harian Metro berkata, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

Dalam laporan pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan selebriti berkenaan.

Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*