Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila timbul spekulasi mengatakan isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah datang beraya ke rumah mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Tampil menafikan spekulasi tersebut, Yusof Haslam memaklumkan bahawa dia sekeluarga bersama keluarga besan iaitu ibu bapa kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana telah bercuti di Pulau Pinang sejak raya kedua.
Bagaimanapun, penerbit berusia 69 tahun itu berkata dia tidak terkejut dengan spekulasi dan berita palsu yang tersebar di media sosial itu.
Cuma pelik macam mana boleh timbul cerita wanita itu datang beraya sebab sepanjang ketiadaan kami, ada abang sulung saya tolong tengokkan rumah.
Bukan itu sahaja, Yusof turut memaklumkan bahawa mereka sekeluarga hanya beraya bersama menantu kesayangan, Sarah dan cucu-cucu pada pagi 1 Syawal tersebut.
Kalau ada yang singgah pun cuma sekumpulan kanak-kanak yang mungkin tinggal di sekitar, jadi memang tak betul dia datang ke rumah kami.
Dalam pada itu, penerbit filem Gerak Khas itu berkata dia dan isteri enggan lagi berharap untuk menunggu kepulangan Syamsul bagi meraikan Aidilfitri bersama pada tahun ini.
Sebelum ni, ibu dia ada tertunggu-tunggu Syamsul balik, iyalah hati emak mana yang tak teringat walau anak-anak dah dewasa dan ada keluarga sendiri.
Sekarang isteri saya tu dah tak nak berharap lagi, dan minta saya pun jangan tertunggu-tunggu. Mungkin sebab tak nak rasa kecewa.
Namun, Yusof Haslam berkata mereka sentiasa terbuka untuk menanti pengarah filem Mat Kilau itu pulang untuk menyambut Syawal bersama.
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply