Nora Ariffin terkejut apa salah dirinya ‘mendapat’ talak… Dedah kisah kena cerai selepas solat Subuh bersama

PENYANYI Datuk Nora Ariffin mendakwa talak yang dilafaz bekas suaminya pada Ogos lalu dibuat secara paksaan selepas menerima panggilan daripada seorang individu.

Nora, 51, berkata, bekas suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai tersebut di hadapannya selepas mereka selesai solat Subuh bersama.

Katanya, kejadian itu membuatkan dia terkejut menyebabkan dia terdiam seribu bahasa namun reda dengan takdir yang sudah ditentukan itu.

nora 3

Nora berkongsi detik ketika diceraikan.

“Penceraian itu berlaku di hadapan saya dan memang secara paksaan.

“Ketika itu kami baru selesai solat Subuh dan bekas suami mendapat panggilan telefon untuk melepaskan (cerai) saya.

“Saya memang terkejut, lidah kelu dan mempersoalkan apa salah saya? Saya tahu apa kandungan perbualan telefon tersebut,” katanya kepada mStar.

Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert solo Hanya Satu: Nora Ariffin yang diadakan di BysncLive Hall, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Nora mengakui tindakan dia memuat naik video lafaz cerai bekas suaminya itu di Instagram miliknya adalah satu kesilapan.

Menurut penyanyi lagu Sandiwara ini, dia sudah memohon maaf kepada Rushdi dan mengakui ia berlaku di luar kawalan.

Saya tahu apa kandungan perbualan telefon tersebut
DATUK NORA ARIFFIN
PENYANYI
“Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional.

“Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya.

“Saya pun sudah minta maaf dengan Rushdi sebab muat naik video tersebut, memang salah sendiri sebab terlalu beremosi ketika itu. Bekas suami saya pun sudah memaafkan saya,” ujarnya.

nora 2

Perkahwinan Nora dan Rushdi berakhir selepas tiga tahun.

Sementara itu, Nora menolak dakwaan netizen yang mendakwa suaminya diugut menggunakan senjata untuk melafazkan cerai terhadapnya.

Nora bagaimanapun mendedahkan hubungannya dengan bekas suami kini masih baik dan tidak pernah bermasam muka.

“Tiada sebarang unsur lain seperti pistol dan pisau seperti didakwa ramai sebelum ini. Saya tahu situasi sebenar, jadi memang bukan salah dia.

“Hubungan kami okey, tidak bergaduh mahupun berdamai,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*