“Kami memang nak ke rumah Ruhainies malam itu’ – Risteena

Kuala Lumpur: Pelakon, Risteena Munim tampil membersihkan nama adiknya, Ruhainies dengan memuat naik semula tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara mereka berdua pada malam sebelum kejadian adiknya itu disyaki berkhalwat dengan Aliff Aziz.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan itu, Risteena menunjukkan perbualan bersama Ruhainies mengenai perbincangan mereka untuk makan bersama.

Katanya, dia terlambat ke rumah adiknya itu disebabkan kesesakan jalan raya seperti dimaklumkan Ruhainies.

“Ya saya sepatutnya berada di sana bersama mereka, tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.

“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 malam. Isu jam 3 pagi Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) datang ke rumah adalah tidak benar,” katanya.

Dalam masa sama, Risteena turut menegaskan dakwaan Ruhainies dan Aliff ditahan Jawi pada jam 3 pagi adalah tidak benar.

Menurut Risteena, Jawi tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11 malam.

“Jam 11 (malam) Jawi dah sampai di rumah bukan 3 pagi. Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Aliff dan Ruhainies juga sedar mengenai khilaf mereka dan sudah memohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka.

“Kebetulan malam itu memang rancang ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” katanya.

Malam tadi, Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil menjelaskan insiden kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Sabtu lalu.

Kes tangkap khalwat bukanlah perkara main-main ya. Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan juga menegaskan mereka tidak akan mengambil mudah walaupun penangkapan sebelum ini melibatkan selebriti iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies.

aliff aziz

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pihak JAWI sengaja melengah-lengahkan kes tersebut seperti yang didakwa segelintir pihak.

Prosedur siasatan kes tangkap khalwat sama sahaja dengan orang biasa…

Kata Dr Na’im, siasatan dan proses melengkapkan kertas siasatan sedang giat dilakukan dan prosedur yang digunakan sama sahaja seperti kebanyakan kes lain.

Proses siasatan dilaksanakan sebagaimana kelaziman berpandukan Prosedur Operari Standard (SOP) yang ditetapkan di Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Setakat ini, JAWI dalam proses melengkapkan kertas siasan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.

Tambah Mohd Na’im, perbuatan maksiat tetap dikira maksiat dan tidak boleh dianggap sebaliknya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*